Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

148) MASALAH WABAK DENGGI DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Wabak denggi di Negeri Selangor semakin membimbangkan khususnya di Daerah Gombak. Terdapat beberapa lokaliti bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang yang tersenarai sebagai Ôhot spotÕ. Apakah tindakan Majlis Perbandaran Selayang untuk mengawal wabak ini

    Tindakan yang telah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Selayang untuk mengawal wabak denggi adalah dengan menjalankan kerja- kerja pencegahan dan pengawalan denggi secara meluas. Tindakan yang telah diambil adalah :

     

    • Sebanyak 18,868 premis telah diperiksa dan didapati 418 premis adalah positif Aedes dengan 381 (1%) adalah premis positif adalah rumah kediaman/ rumah kedai yang merupakan tempat utama pembiakan. Pembiakan nyamuk juga dijumpai di 11 (2.6%) tapak bina, kilang 9 (2.2%), pejabat kerajaan 1 (0.2%), lot kosong 2 (0.5%) dan lain- lain kawasan 14 (3.3%).

     

    • Selain itu, sebanyak 177,963 buah premis telah dilakukan semburan kabus dan sebanyak 17 aktiviti gotong- royong telah dilaksanakan untuk mencegah dan mengawal demam denggi.

     

    • Melalui tindakan penguatkuasaan pula, 180 indeks positif Aedes, sejumlah 185 kompaun bernilai RM 37,750 dan 178 notis arahan kerja- kerja pembersihan telah dikeluarkan serta tindakan penutupan 4 premis tapak bina, 2 penutupan kilang serta 1 penutupan kuari telah dijalankan kerana didapati membiakkan nyamuk Aedes tanpa kebenaran.
  2. Bagaimanakah perancangan Majlis Perbandaran Selayang untuk mendidik komuniti bagi mempercepatkan proses kawalan dan pencegahan.

    Perancangan Majlis Perbandaran Selayang untuk mendidik komuniti bagi mempercepatkan proses kawalan dan pencegahan denggi:-

     

    1. Menjalankan program gotong- royong yang khusus untuk membasmi nyamuk/ anti nyamuk di kawasan- kawasan yang mempunyai kadar peningkatan kes.
    2. Mengadakan program COMBI (Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku) dalam kerja- kerja mengawal kejadian demam denggi.
    3. Memperkenalkan kempen anti denggi secara 10 minit bagi mendidik masyarakat dalam mengesan dan memusnahkan tempat dan bekas pembiakan nyamuk Aedes.
    4. Pengedaran risalah/ poster tentang bahaya demam denggi di seluruh kawasan bermasalah denggi.
    5. Menjalankan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan (2000) secara agresif dengan melibatkan pengeluaran kompaun secara maksimum pada kawasan terpilih.
    6. Menjalankan ACD (Active Case Detection) pada kawasan wabak/ kematian yang sedang/ telah berlaku.
  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan Negeri Selangor mampu bebas denggi.

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi memastikan Negeri Selangor mampu bebas daripada denggi. Antara usaha-usaha yang diambil adalah:

     

    1. Memperhebatkan aktiviti kawalan dan pencegahan di semua tempat tumpuan orang ramai.
    2. Memperhebatkan aktiviti promosi kesihatan kepada penduduk negeri Selangor.
    3. Mempertingkatkan penyebaran ilmu pendiagnosan dan perawatan pesakit demam denggi melalui pendedahan kepada Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.