Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

291) MASALAH VANDALISME PADANG CERGAS DI SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan kos pembinaan untuk sebuah Padang Cergas Di tiap-tiap PBT

    Untuk makluman, kos pembinaan bagi sebuah Padang Cergas adalah sebanyak RM41,000.00 menggunakan peruntukan ADUN atau PBT masing-masing. Setiap ADUN perlu bekerjasama dengan PBT bagi pemilihan lokasi sebelum padang cergas dibina. Walau bagaimanapun, bagi PBT berstatus Majlis Daerah, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan pada satu nisbah satu (1:1) atau satu padang cergas oleh Kerajaan Negeri bagi setiap satu padang cergas yang dibina menggunakan peruntukan Majlis Daerah.

  2. Sila menyatakan jumlah vandalisme berlaku di tiap-tiap PBT sejak Projek ini dijalankan

    Jumlah vandalisme yang berlaku di setiap PBT sejak projek padang cergas ini dijalankan adalah sebanyak 46 kes dengan melibatkan 2 bilangan kompaun. Perincian mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT JUMLAH VANDALISME JUMLAH KOMPAUN
    MBSA 2 2
    MBPJ TIADA TIADA
    MPK 4 TIADA
    MPAJ 11 TIADA
    MPSJ TIADA TIADA
    MPS TIADA TIADA
    MPKj TIADA TIADA
    MPSp TIADA TIADA
    MDKL 13 TIADA
    MDHS 2 TIADA
    MDKS 2 TIADA
    MDSB 12 TIADA
    JUMLAH 46 2

    Nota : Sumber dari PBT

  3. Sehingga Bulan Februari 2017 berapa wang dibelanjakan untuk membuat kerjakerja baik pulih

    Sebanyak RM148,434.72    telah   dibelanjakan   untuk   kerja-kerja    baik   pulih sehingga bulan Februari dan perician mengikut PBT adalah seperti berikut:

    PBT KOS BAIK PULIH (RM)
    MBSA 7,000.00
    MBPJ TIADA
    MPK TIADA
    MPAJ 20,000.00
    MPSJ TIADA
    MPS TIADA
    MPKj TIADA
    MPSp 3,434.72
    MDKL 6,000.00
    MDHS 50,000.00
    MDKS 50,000.00
    MDSB 12,000.00
    JUMLAH 148,434.72

    Nota : Sumber dari PBT

     

Lampiran

Tiada Lampiran.