Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
181) MASALAH TUMBESARAN BANTUT KALANGAN ANAK-ANAK DI FLAT KOS RENDAH
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan negeri mengatasi masalah bantut tumbesaran kalangan anak-anak di flat-flat kos rendah di Selangor?
Pihak Kerajaan amat menyedari perkara ini dan telah membuat perancangan berikut;
1. Memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu bantut terutama di kalangan komuniti berisiko tinggi seperti di kawasan Orang Asli dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah dilaksanakan mulai tahun 2019 melalui kempen #anakmalaysiatinggi yang dijalankan di peringkat daerah (Lampiran 1).
2. Mengadakan maklumat kesihatan berkaitan isu bantut dalam kalangan kanak-kanak dilaksanakan di empat settings iaitu kepada komuniti, sebaran melalui media massa, pengukuhan di pusat jagaan kanak-kanak iaitu TASKA kerajaan dan swasta, serta pengukuhan perkhidmatan ibu dan anak di klinik kesihatan.
3. Bantuan susu kepada kanak-kanak dan ibu mengandung yang berisiko untuk mengalami masalah bantut ini.