Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
106) MASALAH TIMBUNAN PASIR DI MUARA SUNGAI DAN HAKISAN PANTAI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan kawasan muara sungai yang dikenalpasti sering mengalami masalah timbunan pasir yang serius di Seluruh Daerah Sabak Bernam?
- Muara beting kepah- mempunyai masalah pasir yang kritikal, memerlukan kerja-kerja membuang pasir dengan kadar kekerapan 3 tahun sekali (kali terakhir kerja dilaksanakan dikawasan ini pada tahun 2011 menggunakan peruntukan persekutuan kelas E-anggaran harga RM 350,000.00)
- Muara BNO- terdapat masalah pasir, kawasan ini telah lama tidak diselenggara dan perlu diselenggara, kawasan ini merupakan kawasan nelayan yang berkapasiti tinggi, namun kawasan ini masih belum sesuai dilaksanakan kerja membuang pasir kerana terdapat kerja membina kunciair BNO.(kerja-kerja mengorek muara perlu dilaksanakan setelah kerja pembinaan Kunciair siap).
- Muara Sungai Burung- mempunyai masalah pasir. Kerja-kerja mengorek muara telah dilaksanakan pada tahun 2011 menggunakan peruntukan persekutuan (kelas f- anggaran RM 100,000.00). Walaubagaimanapun muara tersebut masih terdapat masalah pasir.
- Muara Teluk Rhu-kurang masalah pasir, kerana kerja-kerja pengorekan muara dan pembinaan groyn bagi menghalang pasir telah dibuat anggaran tahun 2009-2010) menggunakan peruntukan persekutuan
- Muara sekendi- tiada masalah pasir kritikal dilaporkan
- Muara Sungai pulai- terdapat masalah pasir namun kerja-kerja mengorek muara telah dilaksanakan menggunakan peruntukan negeri pada tahun 2010(kelas D –anggaran harga RM800,000.00)
- Muara Sg Lang- tiada masalah pasir, muara ini terdapat hutan bakau dan tiada masalah pasir setakat ini.
- Muara Sungai Besar- tiada masalah pasir kritikal dilaporkan
- Muara Sungai Haji Dorani – kerja-kerja mendalamkan muara telah dilaksanakan pada tahun 2011 (tiada masalah pasir dilaporkan setakat ini) peruntukan negeri kelas D – anggaran RM 500,000.00
- Muara Sungai Nipah- tiada masalah pasir kritikal dilaporkan
-
Sila nyatakan apakah langkah dan tindakan yang dilakukan pihak JPS untuk menyelesaikan masalah kecetekan sungai angkara timbunan pasir dan hakisan pantai yang sering berlaku khususnya di muara Sungai Sekinchan?
Pihak JPS telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah tersebut iaitu dengan menjalankan kerja-kerja membina ‘gryone’ atau pun menyusunkan ‘amour rock’ bagi membina benteng yang bertentangan dengan persisiran pantai bagi mengelakkan timbunan pasir di muara tersebut.
Selain daripada itu, JPS juga menjalankan kerja-kerja pengorekan muara tersebut yang dibuat secara panggilan sebut harga. Antaranya adalah dengan melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan penstabilan tebing pantai dengan mengadakan binaan sauh sebagai kaedah semasa di pantai Haji Sirat, Sekinchan.
-
Sila kemukakan butiran berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun bagi menangani masalah tersebut?
Seperti yang dinyatakan, pihak JPS memandang serius terhadap permasalahan tersebut. Panggilan sebut harga bagi kerja-kerja yang perlu untuk menangani masalah tersebut juga telah dilaksanakan setiap tahun. Antara kerja yang telah dilaksanakan adalah:
- Melaksanakan kerja-kerja membina ‘Gryone’ di Muara Bagan Sekinchan
Daerah Kuala Selangor
Kos projek : RM 145,050.00
Tempoh projek : 12 Ogos 2009 hingga 7 Oktober 2009
- Kerja-kerja membina sambungan ‘Gryone’ di Muara Sungai Bagan
Sekinchan, Daerah Sabak Bernam
Kos projek : RM 137,507.00
Tempoh projek : 21 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010.
- Melaksanakan kerja-kerja mengorek dan mendalamkan Muara Bagan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.
Kos projek : RM 141,700.00
Tempoh projek : 15 November 2010 hingga 15 Disember 2010
Maklumat Tambahan
9.a) Pada era tahun 1980an, keadaan pantai dari daerah sabak bernam hingga daerah sepang telah dikenal pasti sebagai pantai yang mudah mengalami masalah hakisan pantai.Selain daripada itu fenomena kejadian semulajadi iaitu proses hakis dan tambak pantai pada setiap tahun juga menjadi punca sebenar permasalahan hakisan pantai terus berlaku. Di samping itu,kesan dari aktiviti pembangunan oleh manusia di mana pokok-pokok bakau yang banyak tumbuh di kawasan tersebut suatu ketika dahulu juga telah pupus. Justeru, hakisan yang berlaku boleh dikategorikan sebagai kategori II(significant) daripada 3 kategori. Terdapat pelbagai kaedah-kaedah yang bersesuaian bagi mengatasi masalah hakisan pantai seperti rock revertment, groyne, armour rock, beachnourishment dan sebagainya.
Secara dasarnya masalah timbunan pasir yang serius adalah disebabkan oleh pergerakan ombak laut yang membawa pasir ke muara sehingga menyebabkan berlakunya timbunan pasir dan muara menjadi cetek. Keadaan ini akan mengganggu pengaliran air ke laut memberi masalah kepada nelayan bagi tujuan keluar masuk bot.