Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

95) MASALAH TEMPAT MELETAK KENDERAAN

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Cheah Wing Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pengangkutan awam yang kurang baik menyebabkan keluarga menggunakan kenderaan sendiri. Di banyak estet perumahan, setiap rumah biasanya terdapat tiga atau empat kereta swasta. Di rumah tempat letak kereta tidak mencukupi menyebabkan adanya kereta-kereta terletak di sebelah jalan. Kadang-kadang kena saman oleh pihak MBPJ. Apakah langkah-Iangkah yang boleh diusahakan untuk mengatasi masalah saman ini dalam masa pendek? Untuk langkah panjang apakah langkah yang boleh dicubai?

    Mengikut Perintah Lalu lintas (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta)
    Petaling Jaya, semua kawasan letak kereta di seluruh Petaling Jaya adalah
    dikenakan bayaran letak kereta. Walau bagaimanapun pada tahun 2000
    semasa pihak Kerajaan Negeri melantik syarikat konsesi, pihak Kerajaan Negeri telah membuat ketetapan bahawa kawasan-kawasan industri dan industri bercampur adalah dikecualikan bayaran letak kereta bagi memberi peluang pertumbuhan/perkembangan industri di kawasan ini. Kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :-

    • SS 25
    • SS 26
    • Jalan Tandang
    • Seksyen 51A
    • Sri Damansara
    • Petaling Utama
    • Maju Jaya
  2. Kawasan perindustrian ringan. Dahulu kenderaan di zone tersebut tidak kena bayar parking. Adakah polisi ini diteruskan pada amnya? Terdapat ada kawasan yang kena bayar contohnya di kawasan 5526 (Taman Mayang Jaya). Adakah sebab zon ini dikecualikan iaitu kena bayar letak kereta?

    Pada masa yang sama, pihak Kerajaan Negeri membenarkan Majlis membuat
    kajian pada setiap tahun dan sekiranya kawasan tersebut telah membangun
    maka Majlis boleh memohon untuk melaksanakan semula kutipan. Kutipan di
    kawasan industri dan industri bercampur telah dilaksanakan semula di semua
    kawasan di atas kecuali kawasan Maju Jaya pada 1 Julai 2005. Kutipan semula ini dilaksanakan selepas kajian ‘occupancy’ yang dibuat menunjukkan kawasan ini telah pesat membangun dan berdaya maju. Di samping itu Majlis banyak menerima cadangan dan rungutan dari orang awam yang meminta supaya bayaran letak kereta dikenakan semula kerana kawasan ini telah menjadi sesak dan terdapat pihak-pihak yang telah menyalahgunakan petak untuk kegunaan sendiri atau monopoli petak.

Lampiran

Tiada Lampiran.