Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

353) MASALAH TEKANAN AIR RENDAH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah strategik dan jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh Air Selangor untuk menyelesaikan masalah tekanan air rendah dan kekerapan gangguan bekalan air bersih di waktu puncak di taman perumahan AU2, Hulu Kelang?

    Air Selangor sentiasa memantau dan membuat pelarasan tekanan mengikut keperluan pengguna dari semasa ke semasa di Taman Perumahan AU2, Hulu Kelang. Perkara ini dilaksanakan menerusi pemantauan data logger daripada sistem Zon Pengurusan Tekanan (DMZ).

    Penggantian paip lama pula telah dijalankan secara berperingkat yang mana 93% kawasan AU2 telah digantikan dengan paip baharu. Baki 7% lagi sedang dirancangkan bagi pelaksanaan pada masa yang akan datang.

    Agihan air bagi kawasan AU2 adalah dari sumber air yang baru setelah Loji Rawatan Air Langat 2 siap dan beroperasi pada penghujung 2023 berbanding sumber bekalan lama dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor. Bekalan air ke AU2 telah bertambah baik memandangkan rizab margin bekalan air bagi Air Selangor telah meningkat kepada 15% setelah LRA Langat 2 siap.

Lampiran

Tiada Lampiran.