Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

226) MASALAH TEBING SUNGAI RUNTUH DAN SUNGAI YANG KOTOR DI KG DESA AMAN SG BULOH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa JPS memberhentikan kerja dan meninggalkan bahan kerja di sungai tersebut ?

    JPS memberhentikan kerja dan meninggalkan bahan kerja di sungai tersebut disebabkan ketiadaan laluan keluar masuk semasa pelaksanaan projek pada tahun 2005.Walaubagaimanapun, lawatan tapak pada 11 Mac 2016 mendapati bahan kerja binaan di sungai tersebut telah

  2. Apakah tindakan segera oleh JPS berhubung tebing sungai yang runtuh dan sungai yang tersumbat sehingga mengakibatkan berlakunya banjir di Kampung tersebut ?

    Pada masa kini, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor bersama Majlis Perbandaran Selayang telah bekerjasama dalam melaksanakan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti halangan- halangan di dalam anak sungai Desa Aman di Kampung Desa Aman Sungai Buloh. Susulan daripada siasatan mendapati masalah utama banjir di kawasan terbabit adalah disebabkan oleh keadaan sungai yang tidak dapat menampung aliran air ketika hujan lebat. Kejadian banjir juga adalah disebabkan oleh ketiadaan sistem saliran dalaman yang sistematik. Selain itu, didapati lokasi kejadian banjir berada di kawasan lembah di mana air larian permukaan ketika hujan akan tertumpu ke kawasan berkenaan dan ianya tidak dapat disalirkan  ke dalam

  3. Bila masalah ini dapat diselesaikan ?

    Hasil semakan dan siasatan mendapati, status lot-lot tanah di kawasan terbabit masih berstatus sementara dan ada yang masih tiada rekod lot tanah. Cadangan pembinaan kolam takungan banjir, menaiktaraf sungai dan sistem saliran dalaman akan dilaksanakan sekiranya status tanah dilokasi terbabit dapat

Lampiran

Tiada Lampiran.