Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
88) MASALAH TANAH DI DUN SEKINCHAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini isu penyelesaian tanah di lorong 6- 12 Bagan Sekinchan?
- Dalam tindakan JUPEM untuk penyediaan Pelan Warta.
-
Sila senaraikan jumlah tunggakan kes permohonan pemberimilikan tanah dan lanjutan pajakan tanah di seluruh DUN Sekinchan?
- Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan Site B dan C
Tunggakan Permohonan Lanjut Tempoh Pajakan masih dalam proses seperti berikut:-
i) Kediaman
- 8 fail dalam penyediaan Kertas Ringkasan
- 1 fail masih menunggu surat pelepasan bank untuk proses Serah Balik Tanah
ii) Perniagaan
- 1 fail masih menunggu surat pelepasan bank untuk proses Serah Balik Tanah
- 1 fail telah dihantar ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk pertimbangan MMKN
Permohonan Pemberimilikan Pekan Sekinchan
Tunggakan Permohonan Pemberimilikan masih dalam proses seperti berikut:-
i) Kediaman
- 2 fail dalam penyediaan Kertas Ringkasan
ii) Perniagaan
- 7 fail dalam penyediaan Kertas Ringkasan
Pertanian Pekan Sekinchan
- 2 fail dalam penyediaan Kertas Ringkasan
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dikenal pasti sehingga menyebabkan terlalu banyak kes tanah yang gagal diselesaikan mengikut tempoh masa yang ditetapkan?
Kekangan yang dikenal pasti:
- Kelewatan menerima ulasan dari Jabatan Teknikal;
- Kelewatan menerima penilaian dari Jabatan Penilaian dan
- Menyediakan semula dokumen yang tidak lengkap mengikut arahan Pejabat Tanah dan Galian