Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

113) MASALAH TANAH DI BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan status terkini proses kelulusan permohonan pewartaan tanah lorong 6 hingga lorong 12 Bagan Sekinchan ?

    Pembatalan Warta Kerajaan di kawasan Bagan Sekinchan, Pekan Sekinchan Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 77 ekar telah diluluskan oleh MMKN pada 4 April 2011.

    Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah mengemukakan Permintaan Ukur ke Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) untuk tindakan pengeluaran pelan warta pada 23 November 2011.

  2. Sila nyatakan apakah kekangan dan permasalahan yang dihadapi oleh pihak Kerajaan sehingga terpaksa mengambil masa yang begitu panjang untuk meluluskan permohonan tanah tersebut ?

    Pentadbir Tanah Daerah Sabak Bernam masih dalam proses untuk

    mendapatkan pelan warta daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) untuk dikemukakan kepada PTG.

  3. Sila nyatakan kapan permohonan kelulusan pemberimilikan secara pelupusan tanah tersebut dapat dijalankan ?

    Kertas Ringkasan akan dikemukakan ke PTG setelah mendapat pelan warta dari JUPEM bagi pembatalan dan penggantian tanah berkenaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.