Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

49) MASALAH TANAH BAGAN SEKINCHAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses permohonan tanah lorong 6 - 12 yang telah diluluskan oleh MMKN pada tahun 2011?

    Pembatalan Warta Kerajaan di kawasan Bagan Sekinchan, Pekan Sekinchan Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 77 ekar telah diluluskan oleh MMKN pada 4 April 2011. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam telah mengemukakan Permintaan Ukur ke Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) untuk tindakan pengeluaran pelan warta pada 23 November 2011. Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB) telah mengemukakan Permohonan Pelan Akui kepada JUPEM. Pada 26 Jun 2013, JUPEM telah mengemukakan sesalinan draf warta pembatalan sebahagian kawasan Simpanan Melayu Tanjung Karang dan penggantian kawasan Simpanan Melayu di Sungai Tengar Utara, Mukim Sabak untuk persetujuan PDTSB. Pada 5 Julai 2013, PDTSB telah bersetuju ke atas draf warta tersebut.

     

  2. Sila nyatakan berapakah masa yang diperlukan bagi menyelesaikan kesemua masalah teknikal yang berbangkit?

    Pengeluaran Pelan Akui adalah mengikuti tatacara dan SOP yang ditetapkan oleh JUPEM.

  3. Sila nyatakan apakah kelewatan ini mematuhi SOP yang ditetapkan?

    Proses pengeluaran Pelan Akui adalah mengikuti tatacara dan SOP yang ditetapkan oleh JUPEM

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.