Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
198) MASALAH TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan bagaimanakah perkembangan terkini proses pengambilan balik tanah Ðtanah milik Kerajaan di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan secara terperinci tanah-tanah yang dijadikan kolam ternakan udang yang diambil balik oleh pihak kerajaan mengikut pecahan daerah ? Sila berikan butir-butir
Maklumat pengambilan tanah di Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor adalah
seperti berikut :
Daerah : Kuala Selangor (sahaja)
Lot terlibat : 4 lot
Pemilik : Perbadanan Kemajuan Pertanian
Selangor (PKPS)
Jumlah keluasan
yang diambil : 228.65 hektar
Bagi tujuan : Pengambilan Tanah Bagi Projek
Pemuliharaan Tanaman Bakau Di
Mukim Api – Api Daerah Kuala
Selangor -
Sila nyatakan apakah dasar terkini yang diguna pakai oleh Kerajaan dalam proses permohonan LMS dan syarat-syarat yang dikenakan ?
Dasar terkini yang diguna pakai oleh Kerajaan dalam proses permohonan LMS
kaedah kelulusan adalah seperti berikut:-
i) Laporan teknikal
ii) Kertas Pertimbangan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MKMKM)
iii) Surat Kelulusan Dasar
iv) Penilaian Tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
v) Notis 5A (bayaran Premium dan lain-laian bayaran dikenakan)
vi) Pemantauan Premium.