Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

124) MASALAH SOSIAL DI SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kadar jenayah di Selangor pada tahun 2008 dan setengah tahun pertama 2009?

    Kedudukan Jenayah Indeks Kontinjen Selangor bagi tempoh Jan – Mei 2009 telah menunjukkan penurunan. Sebanyak 22,303 kes telah dilaporkan berbanding dengan 25,062 kes bagi tempoh yang sama pada 2008, menurun sebanyak 2,759 kes atau 11.01%.

     

  2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan bertambahnya kadar jenayah di Selangor?

    Jenayah Kekerasan menurun sebanyak 343 kes atau 6.71% iaitu daripada 5,115 kes pada tahun 2008 kepada 4,772 kes yang dilaporkan pada tempoh kajian dan penyumbang utama adalah kes Rogol iaitu meningkat sebanyak 32 kes ( daripada 253 kes bagi tahun 2008 kepada 285 kes bagi tahun 2009).

     

    Jenayah Harta benda juga mencatatkan penurunan sebanyak 2,416 kes atau 12.11% dan penyumbang utama adalah kes pecah rumah dan curi siang hari ( naik 247 kes  atau 15.81% daripada 1,562 kes bagi tahun 2008 kepada 1,809 kes bagi tahun 2009 )

  3. Apakah tindakan yang diambil bagi menghapus atau mengurangkan jenayah tersebut?

    Langkah-langkah dalam usaha membantu untuk mengawal kadar jenayah:

     

    • Meningkatkan kehadiran polis/ omnipresent di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah. Anggota polis ditempatkan secara statik dan meningkatkan bit, patrol,MPV,rondaan motosikal dan sebagainya.

     

    • Mewujudkan Balai-balai Polis Functional/ Komuniti di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya jenayah

     

    • Ops Sepadu

    Bersama dengan agensi lain seperti imigresen, majlis perbandaran Petaling Jaya, JPJ, Rela dan lain agensi membuat pemeriksaan di tempat yang disyaki menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang serta membuat pemeriksaan ke atas kenderaan yang diubahsuai atau disyaki curi

     

    • Ops Lejang

    Buat pemeriksaan ke atas workshop tidak berdaftar dan disyaki menjalankan kegiatan meleraikan kenderaan untuk dijual.

    Buat pemeriksaan terhadap kenderaan yang disyaki curi atau diperolehi dengan jalan salah.

    Buat rondaan dan intipan di kawasan yang sering berlaku kecurian.

     

    • Ops Dadu

    Buat pemeriksaan di premis-premis yang disyaki ada menjalankan kegiatan judi. Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan terhadap penganjurnya jika ada cukup bukti untuk menuduhnya.

     

    • Ops Noda

    Buat pemeriksaan di premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan pelacuran. Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan terhadap penganjurnya jika tidak ada cukup bukti untuk menuduhnya.

     

    • Ops Cantas

    Buat pemeriksaan di tempat-tempat ada kegiatan kongsi gelap dan buat tangkapan jika ada yang terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

     

    Mengambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan jika terlibat dan kegiatan kongsi gelap dan tidak boleh dituduh.

     

    • Ops Wanted

    Buat pemeriksaan dan tangkap mereka-mereka yang dikehendaki dan juga di mana waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka oleh mahkamah kerana tidak hadir bicara.

     

    • Ops Rentap

    Buat rondaan dan pemeriksaan di kawasan-kawasan yang sering berlaku kes ragut dan samun.

     

    • Ops DBKL

    Buat pemeriksaan terhadap suspek seluk saku dan curi ragut di stesen bas. Buat decoy di dalam bas untuk kesan seluk saku, curi ragut dan samun.

     

    • Ops Rempit

    Pemeriksaan diberi tumpuan kepada remaja dalam kumpulan 6 orang atau lebih yang menggunakan motosikal.

    Untuk kesan mereka yang terlibat dalam kejadian curi ragut, curi motosikal dan lumba haram.

    Pemeriksaan ke atas motosikal mereka jika ada menggunakan peralatan yang dicuri.

     

    • Ops Lusoh

    Pemeriksaan terhadap premis-premis yang menjalankan kegiatan barang lusoh untuk pastikan ia berlesen dan tidak ada membeli barang curi.

     

     

    Selain dari menjalankan operasi tersebut tindakan pencegahan juga diambil terhadap mereka yang tidak boleh dituduh di mahkamah kerana tidak cukup bukti di bawah undang-undang seperti Akta Pencegahan Jenayah, Ordinan Darurat, Akta Kediaman Terhad dan lain-lain undang-undang pencegahan.

     

    Tindakan pencegahan ini dijalankan sepanjang masa. Mesyuarat-mesyuarat pencegahan jenayah diadakan secara berkala bagi membincangkan keberkesanan tindakan pencegahan dan tergempar apabila kadar Indeks sesuatu tempat menunjukkan peningkatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.