Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
175) MASALAH SOSIAL DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan terkini yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah sosial ketika ini.
Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial disediakan sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan menangani gejala sosial secara holistik dan bersepadu. Ianya meliputi semua aspek bagi memastikan tindakan menangani gejala sosial dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Selamat, Sejahtera dan Berkebajikan. Semua Program Menangani Gejala Sosial akan dikenali sebagai Program Generasi Idaman Selangor (GeMS).
Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) adalah satu langkah serius yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor. Satu Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri Selangor yang dipengerusi oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Pengerusi Jawantankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
Jawatankuasa yang bersifat inklusif dan telah diwujudkan di setiap Daerah yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor JAIS, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, JKKK, Jabatan Pelajaran Selangor, Pertubuhan Belia,Pertubuhan Wanita, Majlis Permuafakatan Guru MPPBIG, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Intitutsi Pendidikan Islam Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, Ketua-ketua kaum, Persatuan Pesara, Kaunselor dan Agensi dan NGO,s yang berkaitan.
Kerajaan Negeri bersetuju untuk menggunakan pendekatan bersepadu iaitu 5P :
1) Pembangunan (Development) 2) Pencegahan (Prevention) 3) Pencelahan (Intervention) 4) Penguatkuasaan (Enforcement) 5) Pemulihan (Rehabilitation) -
Apakah program-program yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam menangani isu ini.
Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah melaksanakan sebanyak 31 Program Menangani Gejala sosial pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011 sehingga Jun 2011 sebanyak 10 Program dilaksanakan.
Antara Program-program yang berjaya dilaksanakan dalam usaha menangani gejala sosial adalah seperti berikut :
BIL PROGRAM OBJEKTIF/FOKUS a) Bengkel Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor
Merancang Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial yang melibatkan semua Jabatan/Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO’s).
BIL PROGRAM OBJEKTIF/FOKUS b) Jelajah Generasi Idaman Selangor (GeMS) Membangkitkan kesedaran kepada pemimpin dan masyarakat mengenai tanggungjawab menangani gejala sosial secara kolektif dan peranan mereka untuk menjayakannya di seluruh Negeri Selangor. c) Program Pencegahan Zina I. Kempen Anti Zina. II. Majlis Perkhawinan Perdana.
Memberi pendedahan kepada masyakat mengenai bahaya zina dan langkah menanganinya. d) Program Sembang Santai. Memberi nasihat kepada golongan remaja dan belia dalam bentuk santai. e) Kursus Jati Diri GeMS. Memberi pendedahan kepada remaja mengenai bahayanya terjebak dalam masalah gejala sosial melalui aktiviti berfaedah. f) Program Pengupayaan Pemimpin I. Kursus Kepimpinan
Masyarakat Kawasan Fokus.
Pimpinan Masyarakat di kawasan fokus diberi pendedahan mengenai tanggungjawab dalam menangani gejala sosial di kawasan mereka. g) Program Jalinan Kasih. Melahirkan masyarakat yang mengambil berat diantara satu sama lain dalam menangani masalah gejala sosial. BIL PROGRAM OBJEKTIF/FOKUS f) Program Anti dadah I. Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) Bebas Dadah.
Memberi pendedahan kepada mahasiswa dan pelajar sekolah mengenai bahaya dadah. g) Program Jom Jadi Generasi Idaman Selangor (GeMS). Memberi pendedahan mengenai cara berhibur yang berfaedah dan berkualiti. Perlaksanaan program di atas menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri begitu prihatin terhadap masalah gejala sosial di Negeri Selangor yang semakin meningkat. Oleh itu, dengan perlaksanaan program di atas merupakan usaha Kerajaan bagi mengurangkan masalah ini.