Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

133) MASALAH SOSIAL

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, Mat Rempit dan lumba haram, gengsterisme dan kongsi gelap, pencabulan kehormatan dan gangguan seksual di tempat kerja , pondan dan penggunaan bahasa lucah dan tidak sopan dalam media ?

    1. Program Menangani Gejala Sosial disediakan sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan menangani gejala sosial secara holistik dan bersepadu. Ianya meliputi semua aspek bagi memastikan tindakan menangani gejala sosial dapat dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Selangor sebagai Negeri Selamat, Sejahtera dan Berkebajikan. Semua Program Menangani Gejala Sosial akan dikenali sebagai Program Generasi Idaman Selangor (GeMS).
    2. Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) adalah satu langkah serius yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi menangani isu gejala sosial yang melanda masyarakat di Negeri Selangor. Satu Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dr Hajah Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor.
    3. Jawatankuasa yang bersifat inklusif dan telah diwujudkan di setiap Daerah yang melibatkan Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor JAIS, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, JKKK, Jabatan Pelajaran Selangor, Pertubuhan Belia,Pertubuhan Wanita, Majlis Permuafakatan Guru MPPBIG, Majlis Permuafakatan Tadika Selangor, Majlis Institusi Pendidikan Islam Selangor, Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor, Ketua-ketua kaum, Persatuan Pesara, Kaunselor dan Agensi dan NGO,s yang berkaitan.
    4. Jawatankuasa Induk menangani Gejala Sosial Negeri Selangor telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani gejala sosial dengan pengupayaan jabatan dan agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan NG0’s supaya ia dapat diselesaikan secara menyeluruh. Di samping itu, penglibatan pimpinan masyarakat juga di libatkan secara langsung supaya masalah ini dapat di atasi dari akar umbi lagi.
    5. Kerajaan Negeri bersetuju untuk menggunakan pendekatan bersepadu iaitu 5P :
      1. Pembangunan (Development)
      2. Pencegahan (Prevention)
      3. Pencelahan (Intervention)
      4. Penguatkuasaan (Enforcement)
      5. Pemulihan (Rehabilitation)
      6. Program-program yang dilaksanakan seperti berikut :
    BIL   PROGRAM   OBJEKTIF/FOKUS
    a) Bengkel      Pelan                 Tindakan

    Menangani Gejala Sosial Negeri

    Selangor

    Merancang Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial yang melibatkan semua

    Jabatan/Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO’s).

    b) Jelajah Generasi Idaman Selangor

    (GeMS)

    Membangkitkan kesedaran kepada pemimpin dan masyarakat mengenai tanggungjawab menangani gejala sosial secara kolektif dan peranan mereka untuk menjayakannya di seluruh Negeri Selangor.
    BIL   PROGRAM   OBJEKTIF/FOKUS
    c) Program Pencegahan Zina I.     Kempen Anti Zina.

    II.          Majlis Perkahwinan Perdana.

    Memberi pendedahan kepada masyakat mengenai bahaya zina dan langkah menanganinya.
    d) Program Sembang Santai. Memberi        nasihat           kepada golongan remaja dan belia dalam bentuk santai.
    e) Kursus Jati Diri GeMS. Memberi pendedahan kepada remaja mengenai bahayanya terjebak dalam masalah gejala sosial melalui aktiviti berfaedah.

     

    f) Program Pengupayaan Pemimpin

    I.      Kursus                 Kepimpinan

    Masyarakat Kawasan Fokus.

    Pimpinan Masyarakat di kawasan fokus diberi pendedahan mengenai tanggungjawab dalam menangani gejala sosial di kawasan mereka.
    g) Program Jalinan Kasih. Melahirkan masyarakat yang mengambil berat diantara satu sama lain dalam menangani masalah gejala sosial.
    f) Program Anti dadah

    I. Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) Bebas Dadah.

    Memberi pendedahan kepada mahasiswa dan pelajar sekolah mengenai bahaya dadah.
    g) Program         Jom     Jadi             Generasi Idaman Selangor (GeMS). Memberi pendedahan mengenai cara berhibur yang berfaedah dan berkualiti.
  2. Berapa jumlah aduan yang diterima oleh Pihak berkuasa berkaitan isu ini.?

    Penerimaan Aduan Di Bahagian Penguat kuasa Jais Bagi Tahun 2011 – Mei 2012

        Tahun     2011   2012 – MEI
             
    BIL   PENERIMAAN   ADUAN   ADUAN   ADUAN   ADUAN
      ADUAN KHALWAT PERSETUBUHAN KHALWAT PERSETUBUHAN
        LUAR NIKAH   LUAR NIKAH
    1. Petaling jaya 776 15 106 10
    2. Klang 205 0 93 4
    3. Gombak 138 8 46 4
    4. Sepang 66 0 31 1
    5. Sabak Bernam 114 18 22 0
    6. Hulu Langat 212 3 130 2
    7. Kuala Langat 73 0 36 2
    8. Kuala Selangor 115 0 29 1
    9. Hulu Selangor 72 0 37 2
        Jumlah   1771   44   530   26

     

     

    1. Statistik Aduan oleh Polis Diraja Malaysia
      a) Isu Pondan, Gengsterisme dan Kongsi Gelap.

    Statistik kes-kes jenayah kekerasan yang melibatkan kumpulan Kongsi Gelap di Negeri Selangor bagi Januari -Jun 2012.

    DAERAH   JUMLAH KES
    Petaling jaya 4
    Gombak 3
    Klang selatan 5
    Sepang 1
    JUMLAH   13

    **Lain-lain daerah kosong (0)

    b) Statistik tangkapan Pondan di Negeri Selangor bagi Jan-Jun 2012 adalah kosong (0)

    c) Laporan mengenai Pencabulan Kehormatan dan Gangguan Seksual di tempat kerja bagi Kontinjen Selangor.

    KES   JAN-DIS 2012   JAN-MEI 2012
    Pencabulan kehormatan 366 kes 144 kes
    Gangguan seksual di tempat kerja 20 kes 14 kes

    d) Sistem maklumat Rakan Cop Polis Kontinjen Selangor telah menerima maklumat mengenai mat rempit dan lumba haram mulai bulan Januari hingga Jun 2012 adalah seperti berikut :

    BIL   JENIS MAKLUMAT   JUMLAH
    1. Mat Rempit 0
    2. Lumba Haram 6

Lampiran

Tiada Lampiran.