Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
158) MASALAH SOSIAL
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sejauh mana peranan dan tindakan JAIS dalam membendung penyebaran agama sesat Syiah di Selangor?
Dalam membendung penyebaran agama sesat Syiah di Selangor, peranan dan tindakan JAIS adalah:
- Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan telah berjaya membuat tangkapan terhadap ketua dan pengikut Syiah Imamiah pada tahun 2019 daripada hasil maklumat orang awam. Sebahagian mereka, ada yang masih dalam proses siasatan dan perbicaraan. Pihak JAIS bertegas akan menggunakan saluran undang-undang sedia ada bagi apa-apa pelanggaran fatwa yang melibatkan ajaran sesat Syiah dan membuat pemantauan berkala ke atas premis dan pengikut syiah agar aktiviti mereka dapat dibendung dari terus tersebar kepada masyarakat.
- Memberi penjelasan mengenai bahaya ajaran sesat Syiah yang telah difatwakan menyeleweng kepada masyarakat melalui khutbah, forum, seminar, kuliah dan lain-lain medium yang boleh menyampaikan keburukan ajaran sesat Syiah kepada agama, bangsa dan negara.
- Mewujudkan penceramah dan pendakwah pakar dalam bidang akidah, syariah dan akhlak khususnya berkaitan Syiah untuk berhadapan dengan mana-mana individu atau kumpulan samada pengikut atau menyokong ajaran sesat Syiah dan juga untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya ajaran sesat Syiah kepada agama, bangsa dan negara.
- Meminta institusi masjid dan NGO bekerjasama untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya ajaran sesat Syiah kepada masyarakat.
- Mengeluar dan menyebarkan bahan penerbitan termasuk poster berkaitan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah untuk edaran ke masjid, surau, agensi-agensi kerajaan atau swasta dan sebagainya untuk menghalang dan membanteras ajaran Syiah yang menyimpang daripada ajaran Islam.
- Membuat jalinan kerjasama antara agensi kerajaan mahupun swasta untuk mengekang dan membanteras ajaran Syiah dari terus berkembang di Negeri Selangor.
-
Sejauh mana pihak JAIS dalam usaha mengawal masalah gejala golongan LGBT terutamanya golongan gay dan mak nyah di Selangor ?
Usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak JAIS bagi mengawal masalah gejala golongan LGBT terutamanya golongan gay dan mak nyah di Selangor adalah seperti berikut:
- Menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 atas mana-mana seksyen kesalahan yang mempunyai kaitan dengan LGBT.
- Bahagian Pendidikan JAIS telah menyediakan kukurikulum berkaitan akhlak dalam Islam daripada peringkat sekolah rendah lagi.
- Beri penjelasan kedudukan sebenar Islam terhadap pelakuan LGBT yang boleh memberi kesan terhadap akidah, syariah dan akhlak melalui khutbah, wacana, seminar, bengkel dan lain-lain yang berkaitan.
- Mewujudkan penceramah dan pendakwah pakar dalam bidang akidah, syariah dan akhlak khususnya berkaitan LGBT untuk berhadapan dengan mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan atau mempertahankan pelakuan LGBT dan juga untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya LGBT.
- Pertingkatkan media dakwah untuk memberi penjelasan dan berhadapan dengan sebarang bentuk penyebaran berkaitan LGBTsehingga ke akar umbi.
- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Ar- Riqab telah mengadakan taklimat ke sekolah-sekolah bagi menjelaskan isu-isu berkaitan LGBT dalam usaha pencegahan dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Program penerangan diteruskan untuk perancangan MAIS bagi tahun 2020 ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor. Selain itu, terdapat juga pusat-pusat pemulihan yang disediakan bagi golongan LGBT ini seperti Usrah Fitrah di Kelang dan Pintas di Bangi. Kelas-kelas dipemulihan diadakan sepanjang berada di pusat-pusat pemulihan berkenaan.