Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
73) MASALAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAMANSARA
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Masalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Damansara sudah melebihi 7 tahun sengaja ditutupkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tanpa alasan yang munasabah malah terdapat khabar-khabar angin negatif tentang status tanah sekolah berkenaan. Apakah status sebenar tapak tanah sekolah berkenaan?
Dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia menutup sekolah tersebut pada
tahun 2002 kerana permohonan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru
(PIBG) dan Lembaga Pengurus Sekolah (LPS) sekolah tersebut supaya sekolah
tersebut dipindahkan ke Tropicana atas alasan tapak lama terlalu kecil hanya 0.8
ekar dan terletak di tepi Lebuh raya yang membabitkan isu keselamatan dan
kesesakan lalu lintas.
a) Tanah milik PesuruhjayaTanah Persekutuan(PTP) -
Adakah kerajaan negeri komited untuk mewartakan tanah tersebut untuk terus dijadikan tapak SJK Damansara agar tidak ditebus guna sebagai tapak kegunaan komersial?
Oleh sebab tapak tersebut masih milik PTP, Kerajaan Negeri tidak
ada hak untuk mewartakan tanah tersebut bagi kegunaan manamana pihak -
Berapakah jumlah SJK Cina dan Tamil di seluruh Negeri Selangor dan kawasan manakah yang paling banyak?
Di Selangor mempunyai sebanyak 107 SJK (C) dan 97 buah SJK(T).
Terdapat 21 buah SJK(C) di Daerah Klang dan 22 buah SJK(T) di
Kuala Selangor.