Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
80) MASALAH SAMPAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kenapa tidak dikuatkuasakan kompaun individu yang membuang sampah merata-rata?
Terdapat PBT yang telah melaksanakan tindakan kompaun ke atas individu yang membuang sampah merata-rata berdasarkan kepada maklumat aduan dan rondaan oleh anggota penguatkuasa. PBT mengambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah Sarap 2007 iaitu dibawah Peruntukan 4 –Membuang sampah di tempat awam / tempat yang tidak ditetapkan oleh Majlis.
-
Berapakah jumlah kompaun yang telah dikutip tahun 2019?
Jumlah kompaun yang telah dikutip tahun 2019 mengikut PBT adalah seperti berikut :
PBT Jumlah kompaun pada tahun 2019 Nilai kompaun pada tahun 2019 (RM) MBSA 154 50,985.00 MBPJ 71 71,000.00 MPK 1,676 1,676,000.00 MPAJ Tiada Tiada MPSJ 373 373,000.00 MPS 12 12,000.00 MPKJ 136 136,000.00 MPSP 161 153,000.00 MPKL 38 13,060.00 MDHS 29 29,000.00 MDKS 46 46,000.00 MDSB 1 500.00 JUMLAH 2697 2,560,545.00 -
Adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan tindakan kepada pembuang puntung rokok?
Pada masa kini, undang-undang yang berkuatkuasa untuk mengenakan tindakan adalah undang-undang yang sama dengan individu yang membuang sampah merata-rata iaitu UUK Pemungutan, Pembuangan & Pelupusan Sampah Sarap 2007 dan Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Sehubungan itu, PBT sentiasa bekerjasama dengan Pejabatan Kesihatan Daerah (PKD) untuk melaksanakan operasi secara bersepadu bagi membendung masalah ini.