Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

189) MASALAH SAMPAH DI JALAN BUKIT KUCHING SASARAN SUNGAI BULUH

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani masalah pembuangan sampah di tepi jalan kawasan berkenaan yang mencemar pandangan dan berbau busuk?

    Pihak MDKS telah menyediakan tong Leach Bin bagi kawasan kampung dan akan melantik kontraktor bagi kutipan sampah domestik yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan

    Perancangan bagi menangani masalah pembuangan sampah dengan kerap mengadakan intipan bagi pencegahan. Selain itu, menyediakan kawasan yang lebih sesuai untuk pembuangan sampah. Seterusnya kutipan sampah dibuat setiap hari bagi memastikan sisa pepejal yang dibuang tidak busuk dan berbau.

  2. Di manakah tempat pembuangan sampah bagi masyarakat di kawasan berkenaan?

    Kutipan sampah bagi kawasan taman dikutip mengikut jadual 3 (tiga) hari seminggu. Hasil siasatan dan pemantauan, sampah yang dibuang di Jalan Sasaran adalah terdiri daripada penduduk kampung Bukit Kucing dan peniaga. Pelaksanaan dengan meletakkan tong Leach Bin dengan kerjasama Ketua Kampong bagi menentukan penempatan tong

Lampiran

Tiada Lampiran.