Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

196) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan dan strategi kerajaan untuk menangani masalah sampah yang semakin serius di Selangor?

    Kerajaan Negeri akan menjalankan beberapa langkah yang difikirkan sesuai bagi
    menangani masalah-masalah yang semakin meruncing di Selangor. Antaranya
    langkah-langkah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri adalah:
     Mengerakkan dan menggalakkan program kitar semula (3R);
     Penguatkuasaaan oleh agensi-agensi berkenaan ke atas individu yang
    membuka, mengurus dan membuang sampah di tapak-tapak sampah haram;
     Penstrukturan semula kawasan penyeliaan berpandukan kepada tenaga
    kerja yang ada;
     Pemantauan oleh Bahagian Kawal Selia, Jabatan Kesihatan Persekitaran,
    Dan Penguatkuasaan Undang-undang;
     PBT juga telah menubuhkan Unit Flying Squad bagi menangani masalah
    pembuangan sampah haram
     Pengezonan semula kawasan-kawasan pengutipan sampah bersama Alam
    Flora Sdn. Bhd.

  2. Apakah kelemahan-kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi kerajaan dan berikan huraian terhadapnya?

    Antara kelemahan-kelemahan dan masalah yang dihadapui oleh Kerajaan Negeri
    dalam pengurusan sisa pepejal di Selangor boleh dinyatakan seperti berikut:
     Kecekapan / Efficiency
    – Semua PBT di Selangor kecuali Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
    telah menandatangani kontrak pembersihan awam dengan Alam Flora
    Sdn Bhd (AFSB). AFSB kemudian melantik sub kontraktor untuk
    melaksanakan kerja-kerja pembersihan awam ini.
    – Walaubagaimanapun, terdapat sebilangan sub kontraktor yang dilantik
    tadi tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk melaksanakan
    kerja-kerja pengutipan dan pembersihan.
    – Disebabkan oleh kelengkapan kerja yang tidak mencukupi ia telah
    mengakibatkan kecekapan dalam menjalankan kerja-kerja terjejas.

     Masalah Tapak Pelupusan
    – Kebanyakan daripada tapak pelupusan di Selangor merupakan tapak
    pelupusan terbuka yang tidak mempunyai dilengkapi dengan kemudahan
    pengurusan alam sekitar, sistem saliran air hujan, sistem rawatan
    ‘leachate’, sistem pengurusan gas tapak dan pemantauan alam sekitar.
    – Tapak-tapak pelupusan terbuka ini merupakan ancaman terhadap alam
    sekitar dan membahayakan kawasan tadahan air terutamanya ‘leachate’
    yang mengalir ke kawasan-kawasan sumber air.
    – Tapak pelupusan terbuka ini juga tidak diselia dengan baik dan
    mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan gas yang
    merbahaya.
    – Kerajaan Negeri sedang merangka satu pelan jangka panjang untuk
    memastikan sisa pepejal dilupuskan dengan sistematik.
     Kesedaran Penduduk
    – Pelbagai program dan kempen diperkenalkan untuk meningkatkan
    kesedaran penduduk tentang peri pentingnya menjaga kawasan
    persekitaran daripada sampah sarap.
    – Kerajaan Negeri menggalakkan penduduk untuk mengasingkan sampah
    mengikut jenis untuk memudahkan pelupusan, menggantikan beg plastik
    yang lebih mudah untuk diuraikan dan beg kitar semula.
    – Kempen kitar semula juga diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang lebih
    meluas.
     Kos Pengurusan Sisa Pepejal yang Tinggi
    – Secara purata sejumlah 40% daripada hasil kutipan PBT digunakan untuk
    pengurusan sisa pepejal iaitu pembersihan, pengutipan dan pelupusan
    sampah.
    – Ini cukup membebankan PBT yang kecil dan Kerajaan Negeri terpaksa
    membantu dari segi kewangan untuk menampung pembayaran kepada
    kontraktor.
    – Jika tidak, perkhidmatan pengutipan dan pembersihan akan terjejas dan
    mengakibatkan pelbagai aduan daripada penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.