Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

5) MASALAH SAMPAH

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah masalah sampah dapat diatasi?

    Kerajaan Negeri melalui semua PBT akan sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan terhadap kerja-kerja kutipan sampah dan pembersihan awam. Talian Bebas Tol Aduan Sampah (1-800-88-2824) yang diselaraskan oleh Bahagian Korporat SUK Selangor membuktikan komitmen penuh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan segala aduan dengan kadar segera. Tindakan daripada beberapa pihak NGO seperti Yayasan Amal juga harus dipuji kerana terus membantu PBT dalam memantau kawasan setempat daripada sebarang aktiviti berunsur sabotaj. Sejak pengambilalihan penuh pada bulan Mac 2012, jumlah aduan didapati menunjukkan penurunan.

  2. Benarkah berlaku sabotaj dari pihak yang kepentingan mereka disekat?

    Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh PBT bahawa terdapat unsur-unsur sabotaj. Wujud pihak yang tidak bertanggungjawab merancang untuk mengagalkan kerja-kerja kutipan sampah di Selangor dengan menghalang lori serta mengancam pekerja. Selain daripada itu, tindakan melonggokkan sampah sejurus selepas kutipan rutin dilakukan oleh pihak kontraktor untuk tatapan media.

  3. Apakah pendekatan jangka panjang diambil bagi membaiki perkhidmatan sampah?

    Kerajaan Negeri melalui semua PBT telah mengambil pelbagai langkah bagi mengatasi masalah berkenaan seperti sentiasa mengadakan perjumpaan bersama dengan kontraktor agar dapat mengetahui masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian, semua PBT harus senantiasa mengawasi perkhidmatan yang diberikan oleh semua kontraktor supaya menepati syarat yang telah ditetapkan semasa proses pelantikan dilakukan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat pembelian sebanyak 50 buah lori kompaktor untuk diagihkan kepada semua PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.