Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
211) MASALAH SAMPAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah sampah yang berkumpul dan berlonggok di kawasan jalan dan perumahan, terutama di bandar-bandar utama?
Keputusan MMKN Ke 19/2022 yang diadakan pada 10 Ogos 2022 yang disahkan oleh MMKN Ke 20/2022 pada 24 Ogos 2022 telah meluluskan Cadangan Pelanjutan Kontrak KDEBWM sebagai PMC bagi menguruskan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam secara holistik di semua kawasan PBT Negeri Selangor untuk tempoh tujuh (7) tahun yang akan datang sebaik sahaja kontrak perkhidmatan sedia ada tamat. Selaras dengan keputusan tersebut Kerajaan Negeri telah mengadakan satu sesi libat urus bersama-sama semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM) pada bulan Julai 2023 bertujuan untuk membuat perancangan penambahbaikan skop dan spesifikasi kerja Perkhidmatan Kutipan Sampah oleh KDEBWM. Ia termasuk semakan kekerapan kutipan sampah di kawasan jalan utama, perumahan, komersil, industri dan institusi awam. Hasil sesi libat urus tersebut akan diimplimentasikan dalam penyediaan kontrak antara PBT dan KDEBWM. Contohnya pembaharuan kontrak oleh pihak MPK baru-baru ini.