Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
232) MASALAH RUMAH KOS RENDAH ORANG MISKIN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan mempunyai peruntukan untuk membaiki rumah pangsapuri kos rendah orang miskin yang bocor memandangkan terdapat rumah-rumah berkualiti rendah mengalami kerosakan serius setelah tamatnya liability defect period?
-
Jika ada, bagaimana ianya dapat dilakukan dan jika tidak, mengapa?