Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
129) MASALAH ‘ROADMARKING’ SEMAKIN PUDAR DAN HILANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ‘Road Marking' yang pudar dan hilang di jalan-jalan milik PBT, Pejabat Daerah dan JKR sehingga membahayakan pengguna jalanraya terutamanya pada waktu malam?
Berdasarkan Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri, kuantiti maksimum (setahun) bagi kerja-kerja mengecat garisan penanda bagi Protocol dan Primary Road adalah 0.4% dari keluasan jalan raya berturap di bawah kontrak berkenaan. Manakala bagi Secondary dan Minor Road, kuantiti maksimum (setahun) untuk kerja berkenaan adalah sebanyak 0.2% dari keluasan jalan raya berturap. Kerja-kerja boleh dilaksanakan di bawah penyelenggaraan rutin kontrak berkenaan. Selain dari itu, ia juga boleh dilaksanakan melalui Arahan Kerja dan tawaran kerja secara perolehan sebutharga. Ia bukan sahaja melibatkan garisan jalan malah anak panah serta simbol lain yang perlu ada pada permukaan jalan mengikut Arahan Teknik Jalan yang berkenaan.
Apabila keadaan jalan sedia ada tidak dapat mematuhi piawaian yang ditetapkan atau garisan penanda jalan sedia ada telah pudar, maka perabot jalan atau peralatan keselamatan perlu dipasang bagi menampung kekurangan tersebut.
Pemasangan ‘delinator post’ akan membantu pemandu untuk menentukan jajaran sebenar jalan berkenaan. Ia kebiasaannya dipasang pada bahu jalan iaitu di kiri dan kanan jalan. Penghadang jalan (guardrail) yang dipasang bersama plet pemantul cahaya pada bahagian sisinya. Ia membantu pemanduan para pengguna jalan raya dan akan bertindak sebagai panduan apabila memandu di waktu malam.
Bagi jalan yang mempunyai selekoh pula, pemasangan papan tanda ‘chevron’ akan bertindak sebagai papan tanda amaran terutama di berbahaya atau kritikal. Papan tanda ini bukan sahaja mempunyai saiz yang jelas tetapi ia juga dipasang dengan bilangan yang mencukupi serta jarak seragam mengikut piawaian sedia ada.
Pemasangan peralatan keselamatan jalan raya seperti ‘road stud’, ‘flexible post’ dan yang seumpamanya boleh membantu untuk memberikan panduan kepada pengguna jalan raya apabila memandu di jalan yang telah pudar garisan penanda jalan dan kurang pencahayaan.