Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

158) MASALAH PUTUS BEKALAN ELEKTRIK

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan masalah bekalan elektrik di DUN Sekinchan sering terputus bekalan khususnya menjelang Perayaan Tahun Baru Cina sejak 3 tahun yang lalu?

    Kawasan yang sering terlibat dengan gangguan bekalan elektrik di DUN Sekinchan
    adalah sekitar Pekan Sekinchan iaitu Site A. Site C dan Taman Aman Jaya. Sebelum
    ini, kawasan ini menghadapi masalah pada sistem bekalan pada tahap 11kv iaitu
    sambungan kabel talian atas yang bermasalah dan telah diperbaiki keseluruhannya
    sebelum musim perayaan baru-baru ini. Namun pada musim perayaan yang lalu, beban
    di kawasan ini telah meningkat 2 kali ganda dalam tempoh tersebut dan menyebabkan
    system ‘overloading’.

  2. Sila nyatakan apakah langkah Ðlangkah pencegahan awal yang dapat dilakukan oleh pihak TNB untuk mengelakkan perkara seumpama terus berulang kembali?

    Sewaktu musim perayaan tersebut, TNB telah mengimbangi beban (load balancing)
    pada sistem talian atas 1kv untuk menampung pertambahan beban seperti yang dibuat
    di Site C dan Taman Aman Jaya. Antara langkah awal lain adalah dengan
    mengasingkan bekalan elektrik di kawasan terlibat daripada sistem bekalan sedia ada
    dan bekalan disalurkan menggunakan jana kuasa mudah alih seperti di Site A. TNB juga
    akan memantau jumlah beban di kawasan sekitar setiap kali musim perayaan agar
    dapat mengambil tindakan segara jika ada perubahan beban yang mendadak.

  3. Sila nyatakan perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang bakal dilakukan oleh pihak TNB untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Walaupun beban di kawasan tersebut buat masa ini telah berkurang lebih 100%
    berbanding sewaktu perayaan, TNB telah membuat penambahbaikan dengan
    mengubah sepenuhnya punca bekalan di Site C dan juga Taman Aman Jaya kepada
    pencawang elektrik berhampiran untuk menampung sebarang pertambahan beban, jika
    ada. Projek ini telah siap sepenuhnya pada penghujung Mac lalu. Sebagai perancangan
    beban di kawasan tersebut juga dipantau setiap bulan bagi mengelak kejadian ‘system
    overloading’ berulang. Setakat ini, pertumbuhan beban adalah minimum dan terkawal.
    TNB juga bercadang untuk membuat penambahbaikan sistem di tahap 11kv dengan
    meningkatkan kapasiti alat ubah di pencawang elektrik 33/11 kv Sekinchan.

Lampiran

Tiada Lampiran.