Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

181) MASALAH PUSAT PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan pusat sisa pepejal yang masih beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan sejauh manakah tahap pencemarannya terhadap persekitaran kawasan tersebut ?

  2. Sila nyatakan berapakah keluasan tanah dan anggaran kos untuk pembinaan sesebuah pusat sisa pepejal yang baru ?

  3. Sila nyatakan apakah kaedah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang yang lebih canggih dan mesra alam bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani masalah pelupusan sisa pepejal yang semakin kritikal ?

Lampiran

Tiada Lampiran.