Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
337) MASALAH PUNGUTAN SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menghentikan aktiviti sampah haram di kawasan DUN Dengkil ini?
Usaha untuk menghentikan aktivit sampah haram seperti berikut:
– Tindakan sitaan lori-lori yang melakukan kesalahan membuang sampah atau memasuki lokasi yang tidak dibenarkan dibawah peruntukan 4 atau peruntukan 13 (1)
– Tindakan kompaun sehingga RM 1000.00 maksimum dibawah peruntukan 4 dan peruntukan 13 (1)
– Tindakan notis berhenti kerja (stop work order) oleh Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang kepada pemilik tanah yang telah dikenalpasti
– 14 hari untuk sitaan kali kedua, 21 hari untuk sitaan ketiga dan 30 hari untuk kesalahan melebihi 3 kali
– Surat rasmi di hantar kepada Jabatan dalaman majlis seperti Jabatan Kejuruteraan MPSepang bagi pengeluaran notis kerja tanah
– Pemasangan CCTV diteruskan dan memperbanyakkan pemasangan CCTV bagi memantau aktiviti pembuangan sampah di kawasan yang telah dikenalpasti menjadi tumpuan pembuangan sampah
– Kerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Pejabat Daerah dan Tanah Sepang, Jabatan Alam Sekitar dan mana – mana agensi berkaitan mengikut kawasan tertentu agar tindakan perundangan dibawah seliaan jabatan/agensi berkenaan dapat digunakan serentak bagi menghentikan aktiviti sampah haram ini
– Kerjasama bersama pemaju/agensi swasta jika melibatkan tanah – tanah mereka bagi menghentikan pembuangan sampah kawasan mereka sebagai contoh kawalan pembuangan, penutupan jalan, kawasan berpagar
– Mengenalpasti laluan masuk lori sampah dan menutup laluan tersebut menggunakan batu konkrit atau korekan parit
-
Apakah tindakan yang akan dilakukan dengan pembuangan sampah haram yang tidak terkawal ini di kawasan tanah persendirian dan tanah simpanan kerajaan di kawasan DUN Dengkil ini?
Pembuangan sampah haram yang tidak dikawal di kawasan tanah persendirian dan tanah simpanan kerajaan adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah dan Daerah Sepang, iaitu di bawah Kanun Tanah Negara. Walau bagaimanapun MPSepang akan menjalankan tindakan seperti di atas sebagai tindakan pengawalan.