Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

308) MASALAH PUNGUTAN SAMPAH

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menghentikan aktiviti sampah haram di kawasan DUN Dengkil ini?

    Antara usaha yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) bagi menghentikan aktiviti pembuangan sampah haram di Kawasan DUN Dengkil adalah seperti berikut:

     

    1. Pihak MPSp akan membuat carian rasmi dengan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang bagi mengenal pasti pemilik tanah terbabit serta disyorkan supaya pemilik tanah membuat pembersihan sampah haram tersebut;

     

    1. Pada masa yang sama, pihak MPSp akan mengambil tindakan penyitaan lori sampah yang membuang sampah di lokasi terbabit bagi menghentikan aktiviti pembuangan sampah;

     

    1. Jabatan Penguatkuasaan MPSp akan mengemukakan surat rasmi kepada Jabatan Kejuruteraan MPSp bagi pengeluran Notis Kerja Tanah kepada pemilik tanah;

     

    1. Pihak MPSp meneruskan pemasangan CCTV dan memperbanyakkan pemasangan CCTV bagi memantau aktiviti pembuangan sampah di kawasan yang telah dikenalpasti menjadi tumpuan pembuangan sampah; dan

     

    1. Mengenal pasti laluan masuk dan menutup laluan ke tapak pembuangan sampah dengan meletakkan batu konkrit atau membuat korekan parit bagi mencegah lori sampah masuk ke tapak terbabit.

Lampiran

Tiada Lampiran.