Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
100) MASALAH PREMIUM TANAH
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila huraikan bagaimanakah perkembangan terkini rayuan para penduduk kampung Penerangan Sekinchan terhadap pengurangan premium tanah mereka ?
Permohonan rayuan pengurangan para penduduk telah dipanjangkan ke PTG
Selangor pada 15 April 2010. Dikemukakan oleh PTG Selangor ke MMKN pada 7
Julai 2010. -
Sila nyatakan apakah pihak Kerajaan bersetuju memberi keistimewaan dan juga kelonggaran kepada penduduk Kampung yang majoriti miskin dan daif seperti di Bagan Terap dan juga Kampung Penerangan Sekinchan ?
Penerangan bayaran Premium adalah berdasarkan Pekeliling Bil.7/2010 dan Bil.
2/2008. -
Sila nyatakan apakah faktor utama yang menyebabkan wujudnya perbezaan kiraan bayaran premium di kawasan yang berlainan ?
Formula pengiraan Premium berdasarkan Kaedah Tanah Selangor. Perkara yang
mewujudkan perbezaan berkenaan ialah nilaian pasaran lokasi tanah berdasarkan
ulasan dan penilaian daripada Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta.