Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
36) MASALAH POTONGAN BASAH PADI YANG MELAMPAU TINGGI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila kemukakan apakah rasionalnya petani dikenakan potongan basah padi yang melebihi 20% hingga 30% ?
Rasionalisasi pemotongan basah padi ini adalah sebagai tahap piawaian ataupun standard untuk para petani dalam menjaga kualiti hasil padi mereka.
Pemotongan hidup atau pemutuan sebenar 20-30% dengan harga RM1200/mt adalah untuk menjamin kualiti padi yang akan diproses menjadi beras.
Harga pemutuan sebenar ini juga memberi faedah kepada petani padi di Malaysia yang dahulunya tidak dapat menikmati harga yang padi yang sama seperti dinikmati di Selangor. Walaubagaimanapun pemotongan basah ini tidak digunapakai bagi kawasan penanaman padi untuk tujuan dijadikan padi benih.
-
Sila nyatakan apakah jaminan terhadap hak petani dengan mengenakan kadar pemotongan basah yang melampau tinggi ?
Data yang diperolehi dari pihak BERNAS, Sekinchan, Selangor menunjukkan tiada petani yang dikenakan kadar pemotongan melebihi 20% mahupun 30% sehingga musim padi 1/2014. Purata rekod pemotongan adalah pada 17.8% pemutuan. Maklumbalas dari Bahagian Kawal Selia Padi pihak BERNAS juga memaklumkan bahawa tiada bantahan mengenai kadar pemotongan melebihi 20% direkodkan dari musim 1/2013, musim 2/2013 dam musim 1/2014.
Bagi pemotongan yang melebihi 20-21% yang dijalankan oleh pihak kilang adalah disebabkan oleh dua faktor utama iaitu
- Padi muda disebabkan penuaian terlalu awal sebelum tarikh
sepatutnya di tuai pada 110 hari lepas tanam (HLT) dan
- Padi kotor.
Maklumat Tambahan: Bagi negeri Selangor terdapat 3 kategori pemantauan yang dikawal selia oleh bahagian perlesenan beli padi iaitu kepada:
1. Lesen beli padi oleh pihak pengilang
2. Lesen jual-beli kepada pihak kilang
3. Lesen beli padi untuk dijadikan padi benih
-
Sila nyatakan jabatan manakah yang diberi kuasa untuk melaksanakan pendekatan yang menindas petani
Bagi agensi penyelaras, Bahagian Kawalan Selia Padi diarahkan untuk memantau aktiviti pemotongan yang direkodkan manakala bagi aktiviti pemotongan atau pemutuan sebenar akan dilaksanakan sendiri oleh pihak kilang, samaada pihak kilang swasta ataupun kilang padi di bawah kendalian pihak BERNAS.
Kenyataan menindas petani adalah tidak benar. Sekiranya pihak petani yang mengalami pemotongan melebihi 20-20%, mereka sebenarnya boleh mengemukakan rayuan kepada pihak BERNAS untuk menyemak semula kadar potongan basah atau pemutuan yang dijalankan oleh kilang berkenaan