Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
195) MASALAH PERWARTAAN DAN PERMOHONAN HAKMILIK TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan status terkini perkembangan permohonan perwartaan tanah lorong 6-12 Bagan Sekinchan?
Permohonan pembatalan Rizab Melayu Tanjung Karang di kawasan Lorong 6 – 12 Bagan Sekinchan, Daerah Sabak Bernam seluas lebih kurang 31.2 hektar (77 ekar) dan penggantian Rizab Melayu di Sungai Tengar Utara, Daerah Sabak Bernam telah diwartakan pada 04 Jun 2015 melalui Warta Kerajaan No. 1933. Walau bagaimanapun, semakan Warta Kerajaan tersebut mendapati bahawa terdapat keperluan untuk pembetulan butiran ‘Mukim’ daripada Tanjong Karang kepada Pekan Sekinchan. Sehubungan dengan itu, permohonan pindaan Warta Kerajaan telah dikemukakan kepada Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada 10 Julai 2015.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan proses perwartaan tanah tersebut memakan masa lebih 4 tahun?
Permohonan pewartaan melibatkan pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan di mana proses kerja tersebut adalah di luar kawalan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam.
-
Sila nyatakan bilakah proses permohonan hakmilik tanah tersebut boleh dimulakan?
Proses permohonan pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 boleh dikemukakan ke Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam setelah dokumen Warta Kerajaan selesai dipinda.