Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

9) MASALAH PERTANIAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa hasil padi masih gagal melepasi sasaran yang ditetapkan oleh jabatan? Adakah perlu tindakan kepada petani yang tidak mematuhi S.O.P yang ditetapkan oleh jabatan?

    Jabatan Pertanian akan terus menjalan fungsi pengembangan bagi menggalakkan petani mengikut SOP Rice Check dan menggalakkan petani mendapatkan pensijilan MyGAP supaya hasil padi dapat ditingkatkan mengikut sasaran.

  2. Perlukah pentadbiran (PPK) yang gagal berfungsi untuk dirombak semula?

    Sebarang pindaan dan rombakan kepada PPK perlu melalui saluran yang betul memandangkan LPP adalah pendaftar bagi PPK.

  3. Apakah tindakan sekiranya petani menghadapi masalah benih?

    Petani menghadapi masalah benih padi boleh membuat aduan kepada Bahagian Industri Padi dan Beras di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Lampiran

Tiada Lampiran.