Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
214) MASALAH PERPARITAN DI BANDAR BARU KUNDANG DAN PEKAN KUNDANG
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apa perancangan kerja-kerja pembaikan sistem perparitan di Bandar Baru Kundang dan Pekan Kundang kerana kekerapan berlakunya banjir kilat di kawasan tersebut?
Bagi penyelesaian jangka masa pendek, pihak JPS Gombak telah memanggil satu (1) kerja sebutharga G2 bagi kerja-kerja penggalian dan pelebaran Sungai Kuang dan Sungai Kundang sepanjang 8 km bermula daripada Kampung Melayu Sri Kundang sehingga Persimpangan Velox.Kontraktor yang dilantik (MANORA SUPPLY & SERVICES) telah mula melaksanakan kerja-kerja di tapak pada 15hb Julai 2016 dan dijangka siap sepenuhnya pada 19hb September 2016.
- Bagi penyelesaian jangka panjang, pihak JPS Selangor telah melantik Perunding (RBM Engineering Consultant) untuk merekabentuk Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuang-Kundang yang mana sedang dalam rekabentuk terperinci. Antara fokus utama rekabentuk adalah mengurangkan kejadian banjir di kawasan Bandar Baru Kundang dengan cadangan pembinaan kolam takungan di antara Taman Desa Puteri dan Bandar Baru Kundang bagi menampung air larian daripada Tasik Puteri sebelum dilepaskan secara berperingkat ke Anak Sungai Kundang.
Maklumat Tambahan:
Nama projek : Projek Tebatan Banjir Di Hilir Sg. Kuang, Mukim Rawang.
Butiran : 01401
Kos projek : RM20,000,000.00
Syiling RMK-11 : RM10,500,000.00
Unjuran : 2018 – RM500,000,000.00
2019 – RM5,000,000.00
2020 – RM5,000,000.00