Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
93) MASALAH PERMOHONAN TANAH BAGAN SEKINCHAN DAN BAGAN BNO
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah status terkini proses permohonan dan pewartaan tanah lorong 6 hingga lorong 12 Bagan Sekinchan ?
Perkembangan terkini tentang proses permohonan tanah lorong 6 hingga lorong 12 yang telah diluluskan oleh MMKN pada 9 Februari 2011 adalah di peringkat untuk penyediaan pelan PA kawasan yang telah dilulus pembatalan rizab Melayu seperti yang diperlukan oleh Penasihat Undang-undang PTG pada 10 Oktober 2011. Pihak Pentadbir Tanah Daerah sedang menyediakan pelan PA kawasan yang telah diluluskan pembatalan.
-
Sila nyatakan apakah status terkini proses permohonan tanah Bagan Nakhoda Omar ?
Perkembangan terkini tentang proses permohonan tanah Bagan Nakhoda Omar ditangguhkan. Kawasan yang dipohon adalah kawasan Rizab Melayu. Pentadbir Tanah Daerah telah membuat permohonan membatalkan kawasan Rizab Melayu, Bagan Nakhoda Omar untuk diganti Tanah Kerajaan Sungai Panjang. Kertas Ringkasan telah dihantar ke Pejabat Tanah Galian untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 3 Februari 2012.
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi oleh PTD Sabak Bernam dalam konteks mempercepatkan proses kelulusan kedua-dua tanah tersebut ?
- Proses Pembatalan belum selesai di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
- Menunggu Pelan Akui daripada pihak JUPEM.
- Dapatkan No. Warta Pembatalan daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
- Proses permohonan Pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara.