Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
48) MASALAH PERKHIDMATAN AIR SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah benar projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Bharu berhenti kerja hampir satu bulan pada satu ketika dan kontraktor asal ditamatkan perkhidmatan? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya.
Kontrak Projek penggantian paip lama di Kg Assam Kumbang, Kuala Kubu Bharu, masih berjalan dan hanya akan berakhir pada tahun 2018. Melalui rekod Air Selangor, kerja-kerja pemasangan paip baru di kawasan tersebut telah terhenti pada bulan Ogos 2017 disebabkan beberapa masalah yang dihadapi oleh Kontraktor yang dilantik antaranya:
- masalah dalaman – tenaga kerja yang kurang mahir;
- masalah dalaman – Sub Kontraktor yang telah dilantik oleh LBH Eng S/B yang telah memberhentikan kerja disebabkan faktor kewangan;
- Tidak mendapatkan lokasi pembuangan tanah yang sesuai;
- Masalah pengurusan lalulintas yang sukar disebabkan jalan yang sempit.
Pihak Air Selangor dan Konsultan yang dilantik, telah mengeluarkan beberapa memo peringatan dan Surat Amaran kepada Kontraktor yang telibat. Kerja-kerja telah dimulakan semula pada September 2017. Buat masa ini, 2 ‘team’ telah ditempatkan di Assam Kumbang bagi menyambung semula kerja-kerja pemasangan paip air baru itu yang terdiri daripada 1 ‘team’ kerja pemasangan dan 1 ‘team’ kerja pengujian.
Sehingga 21 Oktober 2017, sepanjang 2,025.67 meter panjang paip baru jenis ‘ductile iron’ telah dipasang di kawasan Assam Kumbang. Baki paip yang akan di pasang adalah sebanyak 1,288.33 meter.
Dengan susunan kerja yang telah Kerajaan Negeri Selangor atur dimana pemasangan paip baru yang akan berjalan serentak dengan pengujian tekanan dan kebocoran paip tersebut, ianya akan mempercepatkan lagi proses pemasangan ‘meter stand’ dan paip perhubungan ke rumah-rumah.
-
Adakah benar projek perumahan Taman Desa Bukit Bujang, Kuala Kubu Bharu mengambil masa yang panjang untuk mendapat ulasan Air Selangor bagi tujuan CCC? Jika ya, nyatakan sebab-sebabnya
Tidak benar dan juga tidak tepat, Pihak Air Selangor tidak mengambil masa yang panjang untuk mengulas permohonan bekalan air dari pihak pemaju Taman Desa Bukit Bujang, tetapi sebaliknya pihak Air Selangor tidak dapat mengeluarkan sebarang surat sokongan bagi permohonan CCC disebabkan oleh kegagalan Pemaju Penyelamat: Tetuan Ark Development Sdn Bhd sehingga ke hari ini dalam menyiapkan kerja-kerja pemasangan bekalan air kekal di tapak pembangunan. Berdasarkan pada laporan kerja fizikal siap sehingga 20 Oktober 2017 (sila rujuk jadual) pemaju hanya berjaya menyiapkan 73.2% kerja sahaja.
Untuk makluman juga, pihak pemaju telah mengambil masa sehingga 20 tahun bermula dari tahun 1996 bagi pengemukaan permohonan sokongan Sebenaran Merancang pada ketika itu dibawah seliaan Jabatan Bekalan Air Air Selangor (JBAS) sehinggalah kelulusan pelan bekalan air kekal kali pertama diperolehi pada 2002 dan dituruti dengan kelulusan lanjutan kali pertama pada 2013, kelulusan lanjutan kali kedua diperolehi pada 2017.
Ringkasan Kemajuan Fizikal Kerja-kerja Pemasangan Paip Masuk, Tangki Sedut, Rumah Pam, Paip Pengepaman, Tangki Menara, Paip Agihan Utama Dan Tangki Menara
Bil Perkara Kemajuan Kerja(%) 1 Pemasangan Paip Masuk Bersaiz 250 mm 92 2 Pembinaan Tangki Sedut ( 1.035 Jlsh) – Building & External Works 78 3 Pembinaan Rumah Pam – Building & External Works 95 4 Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal Di Rumah Pam 21 5 Pemasangan Paip Pengepaman Bersaiz 250 mm 81 6 Pembinaan Tangki Menara (0.808 Jlsh) – Building & External Works 85 7 Kerja-kerja Mekanikal & Elektrikal Di Tangki Menara 25 8 Pemasangan Paip Agihan Utama Bersaiz 250 mm 82 9 Pemasangan Paip Retikulasi Bersaiz 160 mm (HDPE) 100 Peratusan Keseluruhan Kemajuan Sehingga 21/10/2017 73.20% Rumusan:
- Berdasarkan kepada jadual laporan kemajuan kerja Fizikal siap, pemaju adalah disarankan bagi menyegerakan penyiapan sepenuhnya komponen bekalan sebagaimana pelan kelulusan, menyerahkan sepenuhnya sistem tersebut bagi tujuan pengoperasian dan penyenggaraan ke pihak Pengurusan Air Selangor.
- Pihak Pengurusan Air Selangor akan mengeluarkan surat sokongan CCC hanya setelah sistem bekalan air kekal disiapkan oleh pemaju dan diserahkan dengan sepenuhnya untuk pengoperasian.