Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

151) MASALAH PERGERAKAN TANAH DAN RUMAH RETAK DI BUKIT MEWAH, KAJANG

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan mutakhir berhubung dengan masalah di atas.

    Pihak MPKj telah mengadakan mesyuarat khas bersama dengan pemaju, perunding dan penduduk pada 12 Jun, 2012 bagi membincangkan kerjakerja pengukuhan cerun yang telah dilaksanakan oleh pihak pemaju, Tetuan Cekap Corporation Berhad. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada perunding iaitu G & P Geotechnics Sdn. Bhd. Pihak pemaju juga akan menyediakan draf perjanjian bersama dengan penduduk bagi isu perobohan dan membaikpulih semula rumah-rumah yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan.

  2. Adakah pihak pemaju memberi komitmen membaik pulih kerosakan tersebut?

    Pihak pemaju juga memberi komitmen untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Kerja-kerja pengukuhan cerun di tapak juga telah disiapkan sepenuhnya oleh pihak pemaju, dan kerja-kerja penyelenggaraan cerun dibuat oleh pihak pemaju.

  3. Bagaimanakah pelan tindakan bagi membaikinya?

    Pihak pemaju juga telah menyediakan pelan bagi pembaikan rumah-rumah tersebut, di mana sebanyak 28 unit rumah akan dirobohkan dan dibina semula, dan 14 unit rumah akan diperbaiki dari segi struktur bangunannya. Kerja-kerja perobohan akan dimulakan pada September 2012. Pihak MPKj akan mengadakan satu sesi taklimat khas bersama penduduk selepas draf perjanjian tersebut disiapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.