Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

143) MASALAH PENYAKIT BACTERIA LEAF BLIGHT (BLB)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan keluasan bendang yang diserang penyakit BLB dalam musim kedua 2013?

    Keluasan tanaman padi yang diserang serangan ‘Bacteria Leaf Blight’ (BLB) atau Hawar Daun Bakteria adalah seperti berikut:

    Kawasan/Musim Peratus Keluasan tanaman padi yang diserang oleh

    BLB (%)

    Luas Musim 1/2012 Musim 2/2012 Musim 1/2013 Musim 2/2013
    Sawah Sempadan 2320 15 37 15 27
    Sg.

    Burong

    3273 26 81 26 75
    Sekinchan 1695 5 14 26 66
    Sg. Leman 1959 0 18 8.2 57
    Pasir Panjang 769 20 27 0 2
    Sg. Nipah 2215 11 10 0 21
    Bagan Terap 2452 3 0.7 0.4 0
    Pancang Bedena 2801 20 22 0 0
  2. Sila nyatakan apakah punca utama pesakit BLB begitu kritikal di Kawasan Sg. Burong dan Sekinchan

    Punca utama kemerebakkan BLB di Kawasan Sg. Burong dan Sekinchan adalah:

    1) Keadaan Semulajadi

    • Keadaan cuaca panas dan kelembapan tinggi
    • Pembakaran jerami tidak dapat dilakukan sepenuhnya.
    • Angin ribut boleh menjadi pembawa penyakit tersebar

    2) Sebaran oleh manusia

    Darjah kontiminasi yang tinggi akibat pergerakan  manusia dan jentera ke dalam sawah . Contohnya :

    1. Pekerja yang menyembur racun dari satu lot ke lot yang lain boleh menyebabkan penyebaran penyakit  jika pakaian dicemari sumber jangkitan terutama apabila keadaan tanaman basah.
    2. Pokok yang tercerdera akibat pergerakan aktiviti di ladang akan menyebabkan berlaku jangkitan penyakit.
    • Penggunaan baja unsur Nitrogen yang berlebihan.
    • Cara penyemburan racun menggunakan power sprayer bersalur panjang menyebabkan tahap kecederaan pada tanaman tinggi.
    • Menyembur di waktu pagi atau dalam keadaan berembun/basah dikawasan wabak
    • Jentera atau alat mekanisasi yang tidak dibersihkan merupakan salah satu faktor penyebaran penyakit berlaku.
    • Rumpai ialah perumah pathogen penyakit
    • Kawasan sekinchan, mula diserang pada peringkat umur padi 45 hari ke atas manakala kawasan lain mula diserang pada peringkat umur padi 70-80 hari (booting stage )
  3. Sila senaraikan anggaran berapakah kekurangan hasil pengeluaran petani akibat serangan tersebut dan kaedah penyelesaiannya?

    Kawasan yang terjejas akibat serangan BLB adalah kawasan Sg. Burong dan Sekinchan. Manakala kawasan lain tidak terjejas walaupun terdapatnya serangan BLB. Anggaran penurunan hasil adalah seperti berikut:

    • Burong: penurunan 0.76% atau 200 MT pada musim 2/2013 berbanding Musim 2/2012
    • Sekinchan: penurunan 5.57% atau 772 MT pada musim 2/2013 berbanding Musim 2/2012

    Kaedah mengatasi adalah seperti berikut:

    • Melaksanakan Amalan Pertanian Baik
    • Penyediaan tanah secara optimal
    • Penanaman secara serantak dalam satu kawasan
    • Pengunaan varieti rintang
    • Penanaman dari benih yang tidak tercemar/ sihat
    • Jarak tanaman yang sesuai 18 cm X 30 cm
    • Kadar penggunaan benih – disyorkan 150 kg/ha
    • Pemberian baja berimbang (N,P, K dan unsur mikro) sesuai dengan fasa pertumbuhan dan musim ( 120 : 70 : 80 )/ subsidi ( 109 : 54 : 56 )
    • Pengaturan sistem pengairan sesuai dengan fasa pertumbuhan tanaman.
    • Kurangkan aktiviti yang boleh mencederakan tanaman
    • Elakan berkerja sewaktu tanaman berkeadaan basah (pagi/lepas hujan)
    1. Sanitasi kawasan – bakar / agen pereput
    2. Semburan racun – copper base fungicide ( Bordeaux mixture ) Tindakan Jabatan Pertanian:
      • Khidmat nasihat Amalan Pertanian Baik tanaman padi oleh pegawai jabatan
      • Kempen Penerangan Mengenai Penyakit BLB kepada Petani di Seluruh Kawasan Jelapang Padi Negeri Selangor – Pada mula musim penanaman.
      • Sistem pemantauan perosak dan penyakit dan pengesyoran  Melaksanakan petak demo Pengurusan Perosak Bersepadu – 1000 ha  Perkhidmatan makmal diagnostik di Unit Biosekuriti Tumbuhan Sg. Burung.

    Perancangan dan tindakan untuk mengurangkan risiko kemerebakkan BLB :

    • Pembakaran jerami padi harus dilakukan.
    • Penggunaan agen pereputan ( biodecomposer ) bagi membantu jika pembakaran tidak dapat dilakukan.
    • Elakkan pemindahan jerami padi bagi mengurangkan sebaran bakteria ini.
    • Rawatan biji benih perlu dilakukan menggunakan sodium hyperclhoride ( klorox = 1: 4 air, direndam selama 5 minit )

    Penggunaan copper fungicide atau Bordeaux mixture dapat membantu mengurangkan pembiakan bakteria ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.