Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
55) MASALAH PENTERNAKAN BURUNG WALIT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah pengusaha penternakan Burung Walit yang berlesen dan tidak berlesen mengikut daerah di seluruh Negeri Selangor
Setakat ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor telah mengeluarkan lesen
premis perusahaan sarang burung walit kepada PBT-PBT yang terlibat dan pecahannya
adalah seperti di bawah :
BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN JUMLAH PREMIS
BERLESEN
JUMLAH PREMIS
TANPA LESEN
1. Majlis Perbandaran Klang 52 –
2. Majlis Perbandaran Sepang 30 –
3. Majlis Daerah Hulu Selangor 02 –
4. Majlis Daerah Sabak Bernam 317 116
JUMLAH 401 116 -
Terdapat banyak percanggahan peraturan yang diguna pakai oleh semua PBT terhadap pengusaha tersebut. Kenapa keadaan sedemikian berlaku dan bilakah suatu garis panduan penyelarasan yang proaktif akan dilaksanakan ?
Merujuk kepada cabutan Keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Selangor pada 19 Oktober 2005 MMKN 25/2005 satu ’Garis Panduan Permohonan
Lesen Premis Perusahaan Sarang Burung Walit’ yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kerajaan Tempatan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah
dipersetujui bagi menangani masalah industri menternak burung walit di kawasan
bandar dan diguna pakai oleh semua pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di
Negeri Selangor. Oleh yang demikian tiada percanggahan peraturan berlaku kerana
segala pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan boleh dirujuk di
dalam garis panduan yang telah dikeluarkan. -
Apakah tindakan yang bakal diambil terhadap pengusaha yang menghasilkan pencemaran persekitaran dan kacau ganggu bunyi yang kuat ?
Operasi dan pemantauan berterusan dibuat secara berkala dan berpandukan kepada
aduan awam bersama-sama dengan Jabatan Alam Sekitar Negeri. Tindakan kompaun
diambil kepada pengusaha yang menimbulkan kacauganggu bunyi atau pencemaran
persekitaran.