Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
266) MASALAH PENIAGA KEDAI RUNCIT ACHEH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri akan mengarahkan PBT-PBT untuk menggubal UUK bagi tambahan syarat pengeluaran lesen dan tred masing-masing dalam mengekang masalah peniaga-peniaga kedai runcit dan Alibaba lesen kepada warga asing?
Buat masa ini Kerajaan Negeri belum mengeluarkan arahan untuk PBT menggubal UUK bagi tambahan syarat pengeluaran lesen dan tred masing-masing dalam mengekang masalah peniaga-peniaga kedai runcit dan alibaba lesen kepada warga asing.
-
Apakah syarat-syarat tambahan dan langkah-langkah yang difikirkan untuk mengatasinya?
Pihak Majlis telah menetapkan beberapa syarat lesen yang melibatkan warga asing. Berikut merupakan syarat-syarat pematuhan lesen perniagaan dan iklan (pengambilan pembantu yang melibatkan warga asing):
- Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk menggaji dan / atau mengambil pembantu / pekerja warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959 / 63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963);
- Pemegang lesen hendaklah mengemukakan jumlah bilangan dan senarai nama pekerja asing yang bekerja di premis perniagaan yang dilesenkan;
- Pemegang lesen hendaklah mengemukakan salinan permit kerja yang sah dan masih dalam tempoh daripada Jabatan Imigresen bagi semua pekerja tersebut;
- Pemegang lesen tidak dibenarkan untuk meletakkan mana-mana pekerja asing di kaunter hadapan premis perniagaan sebagai juruwang; dan
- Pemegang lesen dilarang untuk sublet lesen perniagaan yang diluluskan kepada mana-mana warga asing.