Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

10) MASALAH PENGURUSAN PANGSAPURI KOS RENDAH

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu menyelesaikan masalah penyelenggaraan pangsapuri kos rendah di Negeri Selangor khususnya di Shah Alam yang masih belum menubuhkan Jawatankuasa Mengurus Bangunan (JMB)?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat utama  bagi  pangsapuri  kos  rendah untuk memohon bantuan Kerajaan Negeri mestilah mempunyai Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) dan Perbadanan Pengurusan atau Management Corporation(MC). Justifikasi kepada syarat ini supaya JMB dan MC terlibat akan meneruskan kesinambungan impak kepada pemberian tersebut dengan mengambil pelbagai usaha dan tindakan untuk menguruskan pangsapuri mereka dengan lebih baik.

    Bagi mana-mana pangsapuri kos rendah yang tidak dapat menubuhkan JMB dan MC, berdasarkan Seksyen 86 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), Pesuruhjaya Bangunan boleh melantik seorang ejen pengurusan untuk menguruskan pangsapuri terbabit. Kerajaan Negeri juga memberi keutamaan pemberian bantuan kepada kawasan pangsapuri kos rendah yang diuruskan oleh ejen pengurusan yang dilantik Pesuruhjaya Bangunan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.