Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

13) MASALAH PENGURUSAN JMB

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah usia rumah-rumah pangsa yang berada di Daerah Klang?

    Usia rumah-rumah pangsa yang berada di dalam Daerah Klang boleh dikategorikan seperti berikut:-

    USIA BANGUNAN BILANGAN BANGUNAN
    < 1 – 10 93 (5.59%)
    11 – 20 678 (40%)
    20 DAN KE ATAS 890 (53%)

     

  2. Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menghidupkan kembali JMB di rumah-rumah pangsa yang telah berusia lebih daripada 20 tahun?

    Di antara usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam menghidupkan kembali JMB di rumah-rumah pangsa yang telah berusia lebih daripada 20 tahun adalah dengan melakukan progam-program bersama JMB/ MC. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelbagai program latihan kepada JMB/ MC dalam memberi pendidikan, kesedaran dan juga bantuan peruntukan kewangan bagi menjayakan program latihan tersebut. Di antara program yang telah dilakukan adalah seperti:-

    1. Kursus Format Kurikulum Pengurusan Bangunan Berstrata;
    2. K-SQUAD (Bantuan Ejen Pengurusan);
    3. SEROJA (Bantuan Keselamatan);
    4. SKORA (Program Pendidikan Pengurusan Strata ke sekolah-sekolah Daerah Klang);
    5. SAFWA (Bantuan rebet air)

     

  3. Berapakah jumlah terkini JMB yang aktif dan yang tidak aktif di dalam Daerah Klang?

    Di daerah Klang terdapat sebanyak 161 skim pemajuan berstrata. Daripada jumlah itu, sebanyak 156 skim telah berjaya menubuhkan JMB/ MC. Daripada jumlah tersebut, 76 JMB/ MC adalah aktif dan baki 80 lagi JMB/ MC adalah tidak aktif.

Lampiran

Tiada Lampiran.