Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

261) MASALAH PENGUATKUASAAN TONG SAMPAH

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mampukah Kerajaan Negeri membekalkan tong sampah kepada Majlis Perbandaran yang tidak mempunyai bajet?

    Undang-Undang Kecil (UUK) 6, UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap Tahun 2007 memperuntukkan “Tuan punya atau penghuni tiap-tiap rumah atau bangunan hendaklah mempunyai tong sampah yang bertutup dan hendaklah diselenggara dalam keadaan baik”. Ini bermakna, pemilik-pemilik harta adalah tanggungjawab untuk menyediakan tong sampah di rumah atau bangunan masing-masing.

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri pernah membekalkan tong sampah beroda bersaiz 120 liter khususnya bagi rumah-rumah kediaman yang tidak mempunyai kebuk sampah melalui program pengagihan tong sampah secara percuma melalui PBT masing-masing secara berperingkat antara tahun 2015 hingga 2018. Jumlah tong sampah yang dibekalkan adalah sebanyak 3,000 unit pada tahun 2015, 15,500 unit pada tahun 2016, 16,000 unit pada tahun 2017 dan 15,000 unit pada tahun 2018 yang menjadikan jumlah keseluruhan adalah 49,500 unit.

    Sekiranya terdapat keperluan daripada Pihak Berkuasa Tempatan negeri Selangor, Kerajaan Negeri akan memperhalusi dan mempertimbangkannya.

Lampiran

Tiada Lampiran.