Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
26) MASALAH PENGUATKUASAAN TEMPATAN
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tindakan MBSA hendak menangkap orang ramai atau orang yang kena kompaun, yang gagal bayar kompaun parking kereta. Adakah ini satu penyelesaian yang terbaik?
Tindakan pengeluaran notis untuk mengambil tindakan undang-undang melalui
Mahkamah waran tangkap adalah tindakan mengikut saluran undang-undang yang sah.
Pengeluaran notis memaklumkan tindakan yang akan diambil adalah sebagai suatu
peringatan sebelum tindakan memfailkan tindakan selanjutnya bagi menyedarkan
pesalah agar kompaun parking kereta untuk mematuhi undang-undang dengan
menjelaskan bayaran kompaun. -
Adakah ini satu hasil atau bagi mengurangkan bantuan kerajaan perintah Selangor kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ?
Kompaun adalah salah satu hasil Majlis tetapi ia bukan hasil utama yang menjadi
tempat kebergantungan pendapatan Majlis. Tindakan undang-undang ini bukan dengan
tujuan mengurangkan bantuan kerajaan yang memerintah Negeri Selangor kerana
‘exercise’ ini telah dimulakan sejak tahun 2001 lagi.