Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
127) MASALAH PENGELUARAN HIDROGEN SULFIDA (H2S) DAN GAS METANA (METHANE) DARI BEKAS LOMBONG DI TAMAN SRI MANJA, KAWASAN TAMAN MEDAN
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa lama kah masalah ini sudah berlanjutan?
Masalah pencemaran gas Hidrogen Sulfida (H2S) dan gas Metane (methane) telah
dikenalpasti oleh MBPJ seawal 2004 dan masalah masih berlarutan sehingga kini. -
Secara terperinci, apakah keputusan dan tindakan kerajaan negeri dan/atau pihak Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini?
Isu bau busuk ini telah disiasat dan diberi perhatian Majlis sejak 17 Februari 2004 dan
jawatankuasa yang dibentuk telah mencadangkan ”Kajian Penilaian Pencemaran
Persekitaran dan Geoteknikal di Kawasan Tasik Lombong PJS 3, Taman Sri Manja,
Petaling Jaya” dengan skop kerja seperti berikut:
i) Mengenalpasti jenis pencemaran dan menilai risiko pencemaran daripada tanah,
air larut resap, gas, udara persekitaran ”ambient air” , air permukaan dan air
bawah tanah.
ii) Menilai ciri-ciri fizikal kawasan dari segi geologi, hidrologi, perparitan dan faktorfaktor lain yang mungkin mempengaruhi penyebaran atau pergerakan
pencemaran.
iii) Menjalankan kajian dari segi kejuruteraan, ”sub-surface soil exploration” dan
”surface water modelling”,
iv) Menentukan risiko kesihatan dan persekitaran setelah pencemaran dikenalpasti,
v) Mencadangkan tindakan jangka masa pendek dan jangka masa panjang di
dalam mengurangkan dan mengawal tahap gas H2S di kawasan sekitar, -
Apakah statistik terkini mengenai kesan-kesan kesihatan terhadap penduduk-penduduk di sekitar lombong tersebut?
MBPJ tidak ada statistik mengenai masalah kesihatan penduduk disekitar kawasan
tersebut akibat pengeluaran gas H2S dan gas Matena dari lombong tersebut.
Walaubagaimanapun MBPJ telah menyediakan perkhidmatan rawatan percuma kepada
penduduk di sekitar kawasan Sri Manja pada setiap hari isnin (2.00 – 5.00 petang)
bermula sejak 2004 sehingga sekarang.