Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
294) MASALAH PENGANGGURAN DI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini kadar pengangguran di Selangor dan taburannya mengikut daerah?
Bancian terkini Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa kadar pengangguran di negeri Selangor adalah 3%.
-
Apakah langkah kerajaan negeri mengatasi masalah ini?
Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat termasuklah isu pengangguran. Sehubungan itu, kerajaan negeri telah mengambil langkah-langkah tertentu bagi menangani masalah pengangguran dengan mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan melalui program-program seperti berikut :
- Penganjuran program ‘Jom Kerja’ yang diadakan setiap tahun disasarkan kepada golongan belia, baik lepasan sekolah mahupun graduan universiti bagi membolehkan golongan berkenaan mengatur rancangan kerjaya mereka;
- Menawarkan bantuan dari segi teknikal kepada golongan belia yang berminat melalui kursus-kursus teknikal yang disediakan di Kolej INSPENS supaya elemen pendidikan yang diterapkan kepada mereka akan membantu golongan sasar ini dalam mencari pekerjaan yang bersesuaian dan seterusnya mengurangkan pengangguran di negeri Selangor; dan
- Pengenalan Skim Kredit Mikro (SKIMSEL) yang disalurkan melalui Yayasan Qardhul Hasan yang bertujuan untuk membantu rakyat Selangor di kawasan luar bandar dan pedalaman serta pengenalan Skim Kredit Mikro Miskin
Bandar (MIMBAR Selangor) bagi membantu rakyat miskin di negeri Selangor yang tinggal di kawasan bandar. Bantuan berbentuk keusahawanan ini bertujuan untuk membantu usahawan bandar dan luar bandar yang berpotensi untuk berkecimpung dalam perniagaan kecil dan sederhana yang seterusnya secara tidak langsung membantu mengurangkan kadar pengangguran di negeri Selangor.
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat memastikan kerjasama pihak swasta dan anak syarikat kerajaan dalam mengatasi masalah ini?
Kerajaan negeri dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah mengadakan program-program dan latihan keusahawanan sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di negeri Selangor. Selain membimbing kumpulan sasar ke arah kejayaan dan kecemerlangan, usaha ini juga merupakan salah satu kerjasama atau tanggungjawab sosial korporat anak syarikat kerajaan negeri dengan kerajaan negeri dalam sama-sama membantu mengurangkan kadar