Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

254) MASALAH PENGANGGURAN DAN GALAKAN BELIA-BELIA MENCEBUR DIRI DALAM PERNIAGAAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang mengadakan lebih banyak ruang perniagaan dalam kawasan PBT untuk golongan belia mencebur diri dalam bidang perniagaan?

    Kerajaan mengambil maklum berkenaan dengan bantuan perniagaan kepada anak muda dalam usaha untuk membantu mereka menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Pada tahun 2016 beberapa cadangan dalam perancangan untuk mewujudkan ruang perniagaan kepada usahawan

  2. Jika ya, nyatakan tempat-tempatnya

    Kerajaan negeri telah menyediakan platform perniagaan kepada para usahawan seperti sewaan premis perniagaan di Uptown Shah Alam, Pasar Seri dan gerai-gerai makanan di setiap PBT. Selain itu, kerajaan negeri melalui Unit Pembangunan Usahawan juga menyertai ekspo dan pameran tempatan dan bertaraf antarabangsa seperti PIHEC, MIHAS, SIE dan HALFEST. Pada ekspo dan pameran ini beberapa usahawan yang berkelayakan telah dipilih untuk mewakili delegasi Negeri Selangor. Penganjuran ekspo dan pameran ini dapat membuka peluang dan meluaskan pasaran bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ke peringkat antarabangsa. Seterusnya, siri karnival Mini Mega Sale akan diadakan di peringkat PBT yang mana ia dapat membuka peluang perniagaan kepada peniaga tempatan. Karnival ini bukan sahaja difokuskan kepada peniaga bahkan penduduk tempatan untuk mendapatkan barangan harga rendah dan berpatutan. Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan sebanyak RM500,000.00 untuk mewujudkan Kedai Made in Selangor (Pavillion Selangor) pada tahun ini. Ia merupakan ruang perniagaan di beberapa pasar raya/hyper market untuk peniaga iks. Pasar raya/hyper market yang terpilih untuk program ini adalah yang menjadi tumpuan ramai dan strategik di setiap PBT. Kerajaan negeri juga turut menyediakan Kursus Keusahawanan kepada

     

    mereka bertujuan untuk memberi pendedahan tentang bidang perniagaan dan keusahawanan. Selain daripada itu, kerajaan negeri turut menyediakan bantuan dan pinjaman perniagaan daripada Blueprint, Hijrah dan Dana Usahawan Mikro bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan.

  3. Jika tidak, apakah rancangan alternatif untuk mengatasi masalah pengangguran dan tekanan hidup mereka pada masa ini?

Lampiran

Tiada Lampiran.