Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

51) MASALAH PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan statistik penganggur di Negeri Selangor dari bulan Jun 2008 hingga Februari 2009

    Daripada data yang diperolehi daripada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Selangor, sehingga 13 Februari 2009, terdapat seramai 2,636 orang yang telah diberhentikan daripada pekerjaan. Ia terdiri daripada 1,785 orang pekerja tempatan dan 851 orang pekerja asing.

    Daripada jumlah tersebut, jika dipecahkan mengikut komposisi jantina, seramai 383 orang pekerja lelaki dan 1,402 orang pekerja wanita warga tempatan telah diberhentikan berbanding 333 orang pekerja lelaki dan 518 pekerja wanita warga asing.

  2. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini?

    Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini adalah seperti berikut:

    • membuka kaunter pendaftaran khas bagi pendaftaran pekerja yang diberhentikan pada setiap hari Sabtu di setiap Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran di seluruh negeri Selangor dengan kerjasamaJabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh diberikan samada bantuan sara hidup, pendidikan, sewa rumah, bantuan modal dan lain-lain;
    • Membangunkan Selangor Retrenchment Helpline iaitu pendaftaran secara online bagi tujuan pengumpulan maklumat pekerja yang diberhentikan serta penyuaipadanan (match-making) antara pekerja tersebut dengan kekosongan di syarikat yang berdaftar di bawah sistem tersebut berdasarkan kelayakan; dan
    • Menawarkan bantuan-bantuan latihan kepada pekerja yang diberhentikan dengan kerjasama institusi latihan di negeri Selangor yang mendapat tauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia di mana elaun akan diberikan kepada pelatih sepanjang tempoh latihan dan ianya juga dapat mengurangkan kos operasi kepada majikan yang terlibat. Langkah ini juga membolehkan mereka yang diberhentikan diserap ke sektor yang masih memerlukan pekerja seperti pelancongan dan perhotelan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.