Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
101) MASALAH PENDUDUK DI KAMPUNG KUALA AMPANG
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Minta penjelasan berkenaan percanggahan antara Warta Kerajaan No 2214 bertarikh 2hb Disember 2004 yang menetapkan agar tanah lapang di situ diletakkan bawah kawalan SUK Selangor dengan status UKRC (Ulu Klang Recreation Club) yang telah diberi kelulusan untuk mengawal selia tanah lapang tersebut bagi tujuan Dewan Komuniti dan Kelab dan Padang Bola sepak oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 12hbJulai 1958
-
Minta penjelasan tentang kelulusan lesen T.O.L secara berterusan bagi premis-premis perniagaan di bahu Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) walaupun sering berlakunya kemalangan di kawasan tersebut.
-
Minta penjelasan tentang kawasan rizab sungai di setiap lorong yang telah di pagar oleh pihak-pihak tertentu dalam usaha untuk mendapatkan hak milik
Rizab sungai adalah kawasan tanah Kerajaan yang perlu dikekalkan untuk
tujuan simpanan sungai. Sebarang kerja-kerja memagar atau pencerobohan
adalah menyalahi Akta Kanun Tanah Negara. Di peringkat Jabatan Pengairan
dan Saliran, telah diwujudkan satu garis panduan mengenai rizab sungai dan
garis panduan ini diguna pakai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran di seluruh
negara. Ringkasan keperluan rizab sungai adalah seperti berikut:-