Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
106) MASALAH PENDUDUK BANGI GOLF RESORT
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Persatuan Penduduk Bangi Golf Resort Fasa Satu Bangi mendakwa mereka diabaikan oleh pemilik Bangi Golf Resort yang 60% dimiliki Singapura dan hanya 40% dimiliki oleh PKNS. Mengapakah Bangi Golf Resort & Develpoment Corporation Sdn. Bhd. dan PKNS mengabaikan keperluan infra-struktur bagi kawasan perumahan Golf Resort Fasa Satu, Bangi ?
Bangi Golf Resort tidak mengabaikan infrastruktur tersebut. Bangi Golf Resort akan
melaksanakan perkara-perkara yang dikehendaki oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
iaitu :
i) Menurap semula keseluruhan jalan yang terlibat di dalam kawasan pengambilalihan.
Ketebalan turapan hendaklah 50mm ’asphaltic concrete course’ (ACWC 14).
ii) Mengecat semula garisan jalan (road marking) menggunakan jenis cat ’hot applied
thermoplastic’ setebal 3mm.
iii) Membaiki susur jalan (road kerb) termasuk kerja-kerja mengecat.
iv) Membaiki parit-parit serong (scupper drain) yang rosak.
v) Bonggol jalan (speed hump) yang tinggi hendaklah diperbaiki mengikut spesifikasi MPKj.
vi) Menukar papan tanda yang telah rosak.
vii) Membaiki longkang/parit yang rosak termasuk kerja-kerja pembersihan dan meracun
rumput rampai yang tumbuh di dalam longkang.
viii) Menebang pokok-pokok liar yang tumbuh di tepi cerun sempadan kolam takungan air
JBA.
ix) Lintasan golf-bonggol, tanda (cat) dan papan tanda perlu dibuat pada laluan buggy bagi
memberhentikan ’buggy’ untuk memeriksa atau meninjau kereta dan kenderaan bermotor
di lima (5) lintasan golf.
x) Memasang pagar ’chain link’ di hujung Lorong Golf.
xi) Mengalihkan semua ’boom gate’ dan pondok pengawal serta mencatikkan semula
kawasan berkenaan seperti sediada.
xii) Mengemukakan pelan ’as-built’ jalan, perparitan, lampu jalan dan sebagainya yang
disahkan oleh Jurukur Bertauliah.
Bangi Golf Resort juga dimaklumkan dan dinasihatkan bahawa segala jalan raya
berkenaan terpaksa diserahkan kepada MPKj sepertimana yang dikehendaki oleh
undang-undang. Sebaik sahaja diserahkan, jalan raya tersebut akan dianggap sebagai
jalan awam dan orang ramai tidak boleh disekat atau dihalang menggunakan jalan raya
tersebut. Oleh hal demikian, pondok pengawal dan keselamatan yang ada di jalan raya
tersebut tidak dibenarkan lagi di bawah undang-undang.
Apabila keseluruhan jalan yang terlibat di Bangi Golf Resort ini telah diserahkan kepada
MPKj, ia akan menjadi tanggungjawab MPKj untuk menyelenggara dan menjaganya.
Oleh kerana itu, Bangi Golf Resort telah memberhentikan perkhidmatan-perkhidmatan
yang berkenaan kepada penduduk-penduduk di Fasa 1, Bangi Golf Resort pada 30 April
2008. Bangi Golf Resort juga tidak menghantar sebarang bil tuntutan caj
penyelenggaraan kepada penduduk-penduduk di Fasa 1, Bangi Golf Resort
berkuatkuasa dari 1 Mei 2008. -
Apakah sebabnya perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan ini ditamatkan sejak 30 April 2008 ?
Perkhidmatan kawalan keselamatan di kawasan itu telah ditamatkan sejak 30 April
berikutan masalah perundangan yang melibatkan jalanraya yang sepatutnya diserahkan
kepada MPKj seperti yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. MPKJ akan
bertanggungjawab di dalam tugas pengurusan dan penyelenggaraan jalan-jalan tersebut
sebaik sahaja urusan penyerahan dibuat. -
Apakah tindakan pihak kerajaan bagi mengatasi masalah yang dialami penduduk di sini.
Tidak berkaitan.