Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

86) MASALAH PENDATANG ASING

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pendatang asing/pekerja asing yang terdapat di Negeri Selangor ini?

    Berdasarkan statistik daripada Jabatan Imigresen Negeri Selangor, jumlah pekerja asing di negeri Selangor daripada tahun 2006 hingga Jun 2009 adalah berjumlah 146,020 orang. Statistik hingga Jun 2009 menunjukkan jumlah kemasukan pendatang asing ke negeri Selangor seramai 39,348 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 50,171 orang diambil bekerja di dalam sektor pembuatan, diikuti sektor pembantu rumah dan sektor perkhidmatan. Statistik pekerja asing di negeri Selangor mengikut sektor adalah seperti berikut :

     

    SEKTOR     TAHUN  
    2006 2007 2008 Jan-Jun 2009
    Pembantu Rumah 33,229 26,297 31,485 14,415
    Pembinaan 28,240 15,955 12,441 4,013
    Pembuatan 64,828 41,243 39,151 11,020
    Perkhidmatan 24,797 17,130 18,542 7,139
    Perladangan 3,595 2,198 1,958 773
    Pertanian 1,804 1,538 3,095 1,988
    Jumlah 156,493 104,361 106,672 39,348

    Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Selangor

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri mengawal kegiatan mereka supaya tidak menimbulkan masalah sosial?

    Kerajaan Negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah-langkah proaktif bagi mengawasi gejala sosial di kalangan pendatang asing di sekitar negeri Selangor. Salah satu langkah pencegahan (preventive) yang telah diambil oleh Jabatan Imigresen Negeri Selangor ialah dengan membatalkan visa kemasukan pekerja asing Bangladesh berkuat kuasa 10 Mac 2009. Selain daripada itu, terdapat beberapa operasi pengawalan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak Imigresen dan Jabatan/Agensi penguatkuasaan lain di negeri Selangor seperti berikut :

     

    Statistik Tahunan Operasi Penguatkuasaan Kegiatan Pendatang Asing

    BIL OPERASI 2006 2007 2008 Jan-Mei 2009
    1. Operasi Imigresen 1,390 3035 11,044 1,481
    2. Operasi RELA 6,383 16,165 823 3,214
    3. Operasi Agensi Lain 124 951 465 452
    4. Operasi Pelabuhan Klang 41 348 68 11
    5. Tangkapan Kes Rujukan 565 1,137 2,356 1,119
    6. OKT Pendakwaan 940 11,539 2,438 2,802
      JUMLAH TANGKAPAN 9,443 33,175 17,194 9,079
      JUMLAH KOMPAUN

    (RM)

    417,120 1,056,151 1,982,889 714,131

    Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Selangor

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kegiatan jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing ini?

    Kerajaan Negeri memandang serius mengenai isu kemasukan pendatang asing ke negeri Selangor dan kegiatan jenayah yang melibatkan pendatang asing di negeri Selangor. Melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudah cara Perniagaan (PEMUDAH) Selangor, Kerajaan Negeri telah mengambil satu langkah proaktif dengan mewujudkan Focus Group Crime Prevention And Security yang akan diselaraskan oleh Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Ketua Polis Negeri Selangor. Kumpulan ini akan berbincang kaedah-kaedah untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan jenayah di negeri Selangor dengan cara yang lebih efisien dan berkesan.

     

    Pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Negeri Selangor turut melaporkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja yang di pengerusikan oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor, bahawa kadar jenayah yang melibatkan pendatang asing telah menurun sebanyak 10%. Pihak IPPK juga sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa dan menggalakkan penubuhan polis komuniti yang boleh merapatkan hubungan masyarakat dengan pihak polis serta membantu pihak polis di dalam memberikan maklumat mengenai kegiatan jenayah di sesebuah komuniti tersebut

     

Lampiran

Tiada Lampiran.