Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
167) MASALAH PENDAPATAN PETANI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah purata pendapatan petani Negeri Selangor mengikut bidang pertanian seperti penanam kelapa sawit, penanam padi, sayur-sayuran dan nelayan?
Purata pendapatan petani yang berdaftar dengan Jabatan Pertanian Selangor pada tahun 2013 bagi sektor utama tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti berikut:
Tanaman Bilangan Petani Purata Pendapatan RM/Bulan Padi 9084 1200.00 Sayur-sayuran 345 4900.00 Buah-Buahan 588 1729.00 Bagi tanaman kelapa sawit dan perikanan bukan di bawah fungsi Jabatan Pertanian
-
Apakah langkah Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan petani dan nelayan?
Langkah Kerajaan untuk meningkatkan pendapatan petani adalah seperti berikut:
- Memastikan pengeluaran hasil padi yang tinggi dan berterusan melalui Program Peningkatan Hasil Padi Negeri Selangor dan Program Natural Farming kawasan padi. Melalui program ini peningkatan hasil padi adalah memberangsangkan, manakala program natural farming membantu dalam mengurangkan kos operasi petani serta menjana pendapatan tambahan hasil jualan produk natural
- Memastikan pengeluaran tanaman makanan secara berterusan dengan mewujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Dimana terdapat 12 kawasan TKPM di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan, tanaman industri dan ternakan. Melalui
program ini, petani dibimbing untuk melaksakan projek pertanian secara komersil , hasil pertanian yang dipersijilkan dengan MyGAP dan SOM , untuk mencapai sasaran purata pendapatan bulanan sebanyak RM3000/bulan.
- Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri Selangor telah melaksanakan Program Pemulihan dan Penanaman Semula Kelapa sejak tahun 1998. Program ini masih diteruskan sehingga kini dengan memberi tumpuan kepada kaedah integrasi tanaman dimana penanaman kelapa diselingkan dengan tanaman kontan atau integrasi dengan kelulut sebagai usaha bagi meningkatkan lagi pendapatan pekebun kecil kelapa melalui hasil tanaman kontan dan madu
- Meningkatkan kualiti tanaman dengan menggalakkan petani menyertai Pensijilan MyGap dan SOM. Pensijilan MyGAP ini memudahkan laluan pasaran eksport memandangkan pensijilan ini telah dikenali di seluruh dunia. Hasil yang dikeluarkan dari ladang telah diberi pensijilan SOM pula boleh dilabelkan sebagai produk organik dan produk tersebut boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang tinggi atau
- Program pembangunan usahawan Industri Asas Tani turut dilaksanakan untuk memberi nilai tambah kepada hasil-hasil pertanian seterusnya menjana pendapatan tambahan hasil dari aktiviti pemprosesan tanaman contohnya seperti kerepek, minyak kelapa dara, kuih tradisional, pastri, bakeri dan lain- lain
-
Berapakah peruntukan disediakan untuk program ini?
Pada tahun 2014, jumlah peruntukkan yang disediakan bagi menyokong program peningkatan pendapatan adalah seperti berikut:
Tahun Pembangunan (RM) Mengurus (RM) 2014 10,000,000.00 19,963,754.00 Rasional peruntukkan tersebut diagihkan adalah untuk menyokong program- program Jabatan untuk membangunkan petani di Selangor seperti berikut:
- Pembangunan Taman Agroteknologi
- Pembangunan Tanaman Makanan (Buah, Sayur, Padi dan Kelapa)
- Pembangunan Tanaman Industri (Umbisi dan Nanas)
- Pembangunan Industri Bunga dan Tanaman Hiasan
- Pembangunan Industri Asas Tani
- Pengurusan Perosak Bersepadu
- Pembangunan Agropelancongan
- Pembangunan Pertanian Bersepadu (Intergrasi Tanaman, Cendawan, Herba dan Lebah)
- Perkhidmatan Pengembangan dan Perundingan (Khidmat Nasihat, Kursus, Seminar)
- Program Pengurusan Tanah Bermasalah
- Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar
- Pembangunan Kemudahan Kejenteraan dan Logistik Pertanian
- Penyelidikan dan Perolehan Teknologi Baru Tanaman